Berita Harian

Video tarian dangdut bersama ular disiasat

JHL mahu periksa lesen pelihara haiwan liar

- Oleh Hazsyah Abdul Rahman

Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan menyiasat kesahihan video tular mengenai sekumpulan penari yang membuat persembaha­n tarian dangdut bersama ular dalam satu majlis perkahwina­n di sebuah kampung di daerah ini.

Pada 30 Jun lalu, satu video persembaha­n tarian yang dirakam secara langsung di Facebook, memaparkan sekumpulan penari wanita bersama lelaki menari dan menyanyi lagu dangdut di hadapan khalayak ramai dalam majlis dipercayai persanding­an perkahwina­n.

Penari wanita dan lelaki terbabit dilihat melilitkan ular pada leher serta badan mereka sambil bergelek dalam persembaha­n tarian dangdut itu.

Dalam kejadian terbaru semalam, kumpulan penari sama turut melakukan persembaha­n tarian bersama ular dalam satu majlis perkahwina­n lain dan video secara langsung di Facebook aksi itu turut dipaparkan melalui akaun pemilik Facebook sama.

Denda, penjara jika tak miliki lesen

Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga, berkata pihaknya akan menjalanka­n siasatan terlebih dahulu.

“Ular termasuk dalam hidupan liar yang dilindungi. Oleh yang demikian, pemilikan haiwan berkenaan memerlukan kebenaran pihak JHL.

“Namun, kami akan menyiasat terlebih dahulu kesahihan video itu. Kemudian, memeriksa sama ada mereka memiliki lesen (memiliki haiwan itu) yang sah,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Augustine berkata, jika didapati tidak memiliki lesen haiwan itu, individu berkenaan boleh didenda minimum sebanyak RM30,000, tetapi tidak melebihi RM100,000, atau penjara lima bulan tetapi tidak melebihi lima tahun, atau keduaduany­a sekali.

Mengulas lanjut, katanya, kes disiasat mengikut Enak Pemulihara­an Hidupan Liar 1997. Pengarah JHL Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia