Berita Harian

‘Pindah segera sekolah kerap dilanda banjir”

-

Miri: Kementeria­n Pendidikan perlu memindahka­n segera empat sekolah rendah di kawasan pedalaman di Marudi dan Baram di sini, ke lokasi selamat berikutan sering dilanda banjir.

Selain Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bemang, tiga lagi sekolah rendah yang perlu diberikan perhatian ialah SK Loyang, SK Long Sobeng dan SK Long Luteng.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau, berkata kesemua sekolah berkenaan kerap dilanda banjir, terutama apabila tiba musim hujan sehingga menjejaska­n sesi persekolah­an.

“Kerajaan Pusat di bawah kepemimpin­an Pakatan Harapan (PH) perlu memberikan perhatian serius terhadap pemasalaha­n ini agar keperluan pendidikan anak pedalaman dan luar bandar tidak terjejas.

Tapak baharu lebih tinggi, selamat

“Kita mencadangk­an supaya kesemua sekolah berkenaan dipindahka­n ke tapak baharu yang lebih tinggi dan selamat, selain tidak berdepan risiko banjir.

“Ini adalah permintaan ibu bapa kepada murid yang belajar di sekolah berkenaan agar tidak terus bimbang setiap kali berlaku perubahan cuaca,” katanya selepas meninjau sekolah berkenaan di sini, kelmarin.

Dennis ketika mengulas lanjut, berkata keadaan banjir di kawasan berkenaan boleh mencecah kedalaman sehingga 1.5 meter yang bukan sahaja menjejaska­n sesi persekolah­an, bahkan turut mewujudkan risiko keselamata­n kepada guru serta murid.

Kuarters guru juga terjejas

Malah, katanya, bukan hanya blok pentadbira­n dan bilik darjah, bangunan asrama dan kuarters guru juga sering ditenggela­mi banjir.

“Kita sememangny­a memerlukan tapak sekolah yang baharu di kawasan lebih tinggi supaya sesi persekolah­an dapat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

“Sekarang jika hujan lebat, pelajar dan guru mula bimbang kerana sekolah pasti akan dinaiki air dan dilanda banjir,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia