Berita Harian

Sarawak terus pantau jangkitan rabies

-

Sarikei: Jabatan Veterinar Sarawak giat melaksanak­an operasi suntikan vaksin dalam usaha mencegah penularan virus rabies atau wabak anjing gila di Bahagian Sarikei dan kawasan sekitarnya.

Dalam kempen diadakan semalam, sebanyak 310 anjing peliharaan diberikan suntikan anti rabies, manakala 147 pemiliknya menyertai kempen kesedaran mencegah penularan jangkitan wabak penyakit itu.

Residen Sarikei, Mohamad Junaidi Mohidin, berkata operasi bersepadu itu adalah langkah kawalan dan pencegahan bagi memastikan keselamata­n penduduk, terutama di kawasan yang disyaki mempunyai wabak berkenaan.

“Jabatan itu juga akan meneruskan program vaksin anjing di kawasan Jakar, walaupun program itu sudah diadakan sebelum ini.

Pergiat kempen kesedaran

“Pada masa yang sama, kempen kesedaran akan terus dipergiatk­an. Kita akan sentiasa melakukan peman- tauan dari semasa ke semasa,” katanya kepada NSTP.

Beliau menasihatk­an penduduk agar tidak panik, sebaliknya sentiasa berwaspada di samping mengambil pendekatan positif, termasuk menjaga kebersihan persekitar­an masing-masing.

Apa yang penting, katanya, individu yang terdedah dengan anjing atau terkena gigitan haiwan itu perlu mendapatka­n rawatan secepat mungkin di pusat rawatan kerajaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Negeri Sarawak, Datuk Douglas Uggah Embas dalam kenyataann­ya barubaru ini memaklumka­n Sebangkoi, Jakar di Sarikei antara kawasan terbaharu dikesan wabak rabies di Sarawak, selain Kampung Mapu Kijabu Tebedu.

“Ia menjadi lokasi ke 32 dan 33 daripada keseluruha­n kawasan wabak. Bahagian tertinggi mencatat kes rabies ialah Serian dengan 22 kawasan, diikuti Kuching (5), Samarahan (3), Sarikei (2) dan Sri Aman (1),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia