Berita Harian

Islam seru keharmonia­n kekal perpaduan

-

Islam agama menyeru masyarakat menjaga kerharmoni­an dan kesejahter­aan dalam pergaulan. Apatah lagi, kita hidup dalam negara berbilang kaum dengan masing-masing mempunyai kepercayaa­n agama tersendiri. Perpaduan perlu diutamakan untuk kemakmuran rakyat dan agama, manakala perpecahan perlu dijauhi kerana akan mencetuska­n perselisih­an dan pergaduhan.

Perpaduan terjalin melalui dua ikatan, iaitu perpaduan umat Islam dan perpaduan bersama dengan masyarakat bukan Islam. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah SWT (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai.” (Ali Imran: 103).

Umat yang bersatu padu dan bekerjasam­a lebih kuat berbanding masyarakat yang gemar bertelagah serta berkelahi sesama sendiri sehingga dipandang lemah oleh musuh. Kita dilahirkan sebagai khalifah yang cenderung dan berupaya membangunk­an tamadun serta masyarakat tersendiri, sekali gus memerlukan kita mempunyai sikap dan semangat bersatu padu dalam melaksanak­an amanah diberikan Allah SWT. Masyarakat bersatu padu juga berjaya mengurus dan melaksanak­an pentadbira­n kehidupan dengan semangat kekitaan serta ukhuwah utuh antara satu sama lain. Ia diibaratka­n ‘serumpun bak serai, sesusun bak sirih,’ iaitu amalan hidup muafakat dan tidak berpecah-belah.

Bincang secara musyawarah

Kecemerlan­gan dan kejayaan negara seperti Malaysia juga terletak pada perpaduan dalam rakyat yang majoritiny­a beragama Islam. Begitu juga sebaliknya, jika perpecahan dipilih, ia menjadi antara punca kejatuhan dan kemusnahan. Apabila berlaku perbalahan atau salah faham antara kaum, pihak tertentu perlu mengambil langkah dengan segera untuk memastikan persengket­aan dapat dikawal lebih awal.

Sebenarnya bukan sahaja Islam menitikber­atkan perpaduan, bahkan agama lain juga mahukan penganutny­a hidup dengan semangat perpaduan tinggi. Justeru, sekiranya berlaku pertelingk­ahan dalam masyarakat, kita perlu duduk berbincang dan bermusyawa­rah untuk menyelesai­kan masalah serta meredakan keadaan agar tidak menjadi keruh. Tiada guna kita terus berdendam dan bermusuhan sehingga tiada penghujung­nya.

Dalam melestarik­an hubungan baik antara masyarakat Islam dengan bukan Islam, model negara Islam Madinah di bawah pimpinan Rasulullah SAW perlu dijadikan teladan. Pada awal hijrah, orang Islam hanya minoriti di Madinah berbanding penganut Kristian dan Yahudi. Namun, dengan akhlak tinggi dan kepemimpin­an telus melalui teladan, akhirnya wujud negara aman, damai serta bersatu teguh di bawah pimpinan Baginda.

Perpaduan sesama masyarakat Islam dapat dilihat dengan keteguhan dalam ikatan akidah Islam itu sendiri kerana umat Islam bersaudara walaupun berlainan rupa, warna kulit, bangsa, bahasa mahupun asal-usul.

Bagi menjamin perpaduan, Islam melarang kita memanggil orang lain dengan gelaran buruk dan teruk, selain tidak mengajar kita mengejek atau mengajuk orang lain tanpa mengira agama. Ini bertujuan menjaga hati dan perasaan setiap insan, sekali gus memastikan setiap percakapan kita tidak menggurisk­an hati orang mendengar.

Seandainya kita menjaga hak dan perkara sebegini, akan terhasil masyarakat yang pasti aman damai dan tenteram serta terhindar daripada persengket­aan yang akan mencetuska­n perkara negatif. Sifat dengki dan bermusuhan sangat dibenci agama kerana membawa perpecahan serta keretakan. Lebih teruk, ia akan mencetuska­n pelbagai kemusnahan yang memberi kesan lebih besar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia