Berita Harian

JEPUN arah 4 juta penduduk pindah

Hujan luar biasa punca tanah runtuh, air sungai melimpah

-

Lebih empat juta orang diberi arahan berpindah dari barat Jepun semalam selepas hujan luar biasa menyebabka­n banjir dan tanah runtuh di barat negara itu dengan angka kematian meningkat kepada 66 orang manakala 1,000 lagi terkandas di bandar Kurashili.

Daripada kalangan yang terkandas, 100 daripadany­a berada di sebuah hospital manakala beribu-ribu anggota penyelamat dan anggota keselamata­n terbabit dalam operasi keselamata­n selepas air melimpah di beberapa sungai.

Kurashiki yang mempunyai hampir 500,000 penduduk adalah yang paling teruk dilanda hujan lebat dan hujan luar biasa, tiga kali ganda daripada biasa.

Rakaman televisyen menunjukka­n orang ramai termasuk pesakit dan petugas perubatan menunggu untuk diselamatk­an di sebuah anjung Hospital Memorial Mabi dengan banyak kereta terapung dalam air berlumpur manakala seorang penduduk diselamatk­an dari sebuah rumah orang tua.

Banjir memaksa berjuta-juta orang keluar rumah mencari tempat perlindung­an,“kata Agensi Kebakaran dan Pengurusan Bencana.

Seramai 60 orang lagi hilang dengan hujan dijangka berterusan untuk sehari lagi yang dikhuatiri memerangka­p lebih ramai orang kata stesen NHK.

Memerangka­p ramai mangsa

Hujan kali ini menjadi punca tanah runtuh dan paras air sungai meningkat sekali gus memerangka­p ramai orang sama ada di dalam atau di bumbung rumah.

“Kami tidak pernah alami hujan seperti ini. Tahapnya amat bahaya sekarang,” kata seorang pegawai di Agensi Meteorolog­i Jepun (JMA) kepada media.

Antara yang hilang ialah seorang budak lelaki berusia 9 tahun dalam rumahnya kerana tanah runtuh yang turut mem- bunuh tiga lagi termasuk seorang lelaki berusia 80-an.

Kerajaan Jepun membentuk sebuah pusat pengurusan kecemasan di Pejabat Perdana Menteri dengan 54,000 anggota tentera, polis dan jambatan bomba sudah dihantar ke tempat terbabit.

“Masih ada ramai yang hilang dan orang lain pula perlukan bantuan,” kata Perdana Menteri, Shinzo Abe.

Amaran kecemasan kerana hujan luar Ular masih dikekalkan di tiga wilayah termasuk 300 mm (11 inci) yang diramalkan pagi ini (Isnin) di pulau Shikoku.

Hujan bermula lewat minggu lalu ketika tinggal saki baki puting beliung yang tiba dari lautan Pasifik. Jalan raya dan kereta api sudah ditutup.

 ??  ??
 ?? [ FOTO EPA ] ?? Anggota penyelamat mencari orang hilang di Hiroshima selepas hujan luar biasa melanda barat Jepun.
[ FOTO EPA ] Anggota penyelamat mencari orang hilang di Hiroshima selepas hujan luar biasa melanda barat Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia