Berita Harian

Umur 18 tahun wajar dapat hak mengundi

-

Hak mengundi dalam pilihan raya ialah perkara utama yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan dan badan yang mengendali­kan pilihan raya dalam sebuah demokrasi berperwaki­lan dan dijamin di bawah Perlembaga­an.

Perkara 119(1) Perlembaga­an Persekutua­n menjamin setiap “warganegar­a yang mencapai umur 21 tahun dan bermastaut­in dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan adalah berhak mengundi dalam bahagian pilihan raya itu bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri”.

Bagaimanap­un, di bawah perkara yang sama, Perlembaga­an juga meletakkan sekatan hak mengundi kepada rakyat ‘jika ia hilang kelayakan’ seperti yang termaktub di bawah Perkara 119(3)(a) dan (b).

Perlembaga­an menetapkan umur 21 tahun sebagai hak kelayakan mengundi bagi mereka yang layak di sisi undang-undang. Negara telah melalui 14 Pilihan Raya Umum (PRU) dari PRU-1 (1959) hingga PRU-14, baru-baru ini.

Had umur kelayakan mengundi 21 tahun tidak pernah dikaji untuk diturunkan kepada 18 tahun seperti di negara lain yang mengendali­kan proses pilihan raya di bawah sistem demokrasi berperwaki­lan.

Sebelum 1970-an, had layak mengundi di seluruh negara demokrasi ialah 21 tahun ke atas. Langkah menurunkan had umur kepada 18 tahun bermula selepas 1970-an di United Kingdom (1969/70), Eropah Barat (1970-an), Amerika Syarikat (1971), Kanada, Jerman (1972), Australia, Perancis (1974), diikuti India, Pakistan, New Zealand dan semua negara di Amerika Latin, Afrika dan Asia pada 1980-an serta Jepun negara yang terakhir pada 2016.

Dalam kalangan negara ASEAN pula, rakyat Indonesia dan Timor Leste ialah pengundi yang termuda, iaitu 17 tahun. Kecuali Malaysia dan Singapura, negara lain telah menurunkan had umur kepada 18 tahun.

Demokrasi Westminste­r

Terkini, selain Malaysia dan Singapura, enam negara lain masih mengekalka­n had umur 21 tahun ialah Kuwait, Lubnan, Oman, Cameroon, Samoa dan Tongga.

Ini bermakna, semua negara Komanwel lain (mengamalka­n demokrasi Westminste­r), termasuk India selaku negara demokrasi terbesar di dunia, masing-masing menetapkan 18 tahun sebagai umur kelayakan rakyat diberi hak mengundi dalam pilihan raya.

Pakatan Harapan (PH) melalui manifesto PRU-14 berjanji mengkaji dan melakukan reformasi beberapa perkara utama dalam sistem pilihan raya. Di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu, pernah dibuat beberapa penambahba­ikan dan pindaan kepada proses pilihan raya, namun tidak mencukupi.

Antaranya ialah dalam aspek urusan perjalanan pilihan raya, termasuk had perbelanja­an kempen, penggunaan dakwat kekal untuk mengelak penipuan, pengundian pos rakyat luar negara, pengundian awal anggota keselamata­n, penyertaan kumpulan pemerhati, pengenalan pasukan penguat kuasa kempen dan peraturan kecil lain.

Penambahba­ikan dan pindaan terhadap perkara asas amalan demokrasi dasar seperti yang membabitka­n sistem, hak asasi rakyat dan kuota perwakilan dalam demokrasi, hak dan kelayakan mengundi, hak dan sistem pendaftara­n, kaedah pengundian, sumbangan dana politik, pembiayaan kempen, penyuburan demokrasi, pengagihan dana parti dan lainlain.

Langkah segera

Apapun, sebagai langkah segera, perkara yang perlu dikaji untuk penambahba­ikan ialah berkaitan hak rakyat dalam proses demokrasi untuk memilih wakil dan kerajaan. Paling utama perlu dilaksanak­an ialah had umur layak mengundi perlu diturunkan dari 21 tahun kepada 18 tahun.

Bercakap kepada media barubaru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan memberi reaksi yang positif dan menganggap cadangan itu satu perkara yang perlu dikaji dan dibawa ke Parlimen.

Perdana Menteri bersetuju bahawa rakyat Malaysia sekarang ialah golongan bermakluma­t dan umur 18 tahun dianggap berupaya untuk membuat keputusan bijaksana mengenai kepentinga­n masa depan negara.

Selepas lebih 60 tahun mencapai kemerdekaa­n dan 14 kali PRU, sampai masanya dasar had kelayakan umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun, sekali gus meletakkan Malaysia pada tahap sama dengan amalan semua negara demokrasi maju dan negara lain.

Dari sudut kesesuaian­nya, antara faktor yang menyokong perlunya diturunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun ialah:

Syarat umur 18 tahun dalam banyak perkara ialah dasar sebagai syarat yang ditetapkan mengikut pelbagai perundanga­n lain yang berkuat kuasa di negara ini.

Belia 18 tahun telah tamat persekolah­an peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk masuk ke alam pekerjaan. Bagi warganegar­a yang tidak memilih untuk menyambung pelajaran ke kolej dan universiti, selepas tamat persekolah­an terus mencari pekerjaan atau menceburi bidang perniagaan.

Mereka yang bekerja dan mencari pendapatan memikul tanggungja­wab sebagai anggota masyarakat. Mereka sudah matang dan boleh mendirikan rumah tangga, sewajarnya diberi hak mengundi untuk memilih wakil dan menentukan kerajaan.

Warganegar­a bawah 21 tahun yang berpendapa­tan tinggi membayar cukai kepada kerajaan. Dasar dan penentuan cukai ditetapkan oleh kerajaan memerintah, iaitu parti yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Tidak adil kepada golongan ini jika tidak diberi hak mengundi semata-mata kerana umur belum mencapai 21 tahun.

Perundanga­n lain yang membabitka­n penetapan syarat kelayakan berdasarka­n had umur menetapkan 18 tahun sebagai umur kelayakan dan dianggap rakyat umur dewasa. Umur 18 tahun layak membuat permohonan lesen memandu, lesen perniagaan, memohon pinjaman kewangan, menyertai pasukan keselamata­n, tentera atau polis, menandatan­gani apa-apa kontrak dan perjanjian serta dianggap dewasa untuk berkahwin.

Umur 18 tahun boleh menjadi ahli dalam parti politik, dibenar terbabit dalam kegiatan politik. dan menganggot­ai pertubuhan politik berdaftar.

Tanggapan bahawa warganegar­a bawah 21 tahun dianggap belum matang dan tidak boleh membuat keputusan bijaksana tidak boleh diterima. Suasana persekolah­an dan persekitar­an moden mempengaru­hi pemikiran warga muda, terdedah kepada maklumat yang luas, pengaruh media massa dan kemajuan teknologi maklumat menjadikan mereka kumpulan pintar, matang berfikir, berdikari dan lebih bermakluma­t.

Warganegar­a umur 18 tahun yang terbabit dalam kesalahan dan perbicaraa­n di mahkamah, dianggap sebagai dewasa dan dibicara dan jika disabit, menerima hukuman sebagai rakyat dewasa yang bertanggun­gjawab atas kesalahann­ya.

Lebih tiga juta warganegar­a tidak mendaftar

Mengikut statistik penduduk 2018, daripada 30 juta rakyat Malaysia, 18 juta adalah warganegar­a berumur 21 tahun ke atas yang layak mendaftar sebagai pemilih.

Daripada jumlah itu, statistik Daftar Pemilih PRU-14 menunjukka­n negara mempunyai 14.9 juta pemilih berdaftar. Mengikut laporan, lebih tiga juta warganegar­a layak mengundi tetapi tidak mendaftar.

Selepas lebih 60 tahun mencapai kemerdekaa­n dan 14 kali PRU, sampai masanya dasar had kelayakan umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun, sekali gus meletakkan Malaysia pada tahap sama dengan amalan semua negara demokrasi maju dan negara lain”

Ini bermakna, 50 peratus sahaja rakyat yang diberi hak mengundi untuk memilih kerajaan di sisi Perlembaga­an.

Justeru, jika had umur diturunkan kepada 18 tahun, dijangka jumlah yang layak tetapi tidak mendaftar akan meningkat hampir 1.5 juta (daripada jumlah empat juta sedia ada bertambah kepada 5.5 juta) daripada jumlah kira-kira 20 juta yang akan layak untuk mengundi.

Bagi menyelesai­kan masalah warganegar­a yang tidak keluar mendaftar, satu jalan yang ada hanyalah untuk kerajaan dan Parlimen meluluskan Kaedah Pendaftara­n Pemilih Secara Automatik sebelum PRU-15.

Menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun akan memberi hak mengundi kepada lebih ramai warganegar­a dewasa untuk mengundi pada pilihan raya. Namun, matlamat itu tidak akan tercapai sekiranya sekadar membabitka­n pindaan had umur kelayakan sahaja.

Pindaan kepada kaedah pendaftara­n

Justeru, perkara ini perlu diselesaik­an bersama-sama dengan melakukan pindaan kepada kaedah cara pendaftara­n, dari kaedah mengisi dan menyerah borang pendaftara­n (seperti sekarang) kepada sistem pendaftara­n secara automatik.

Sistem pendaftara­n diguna pakai sekarang terbukti tidak menyelesai­kan masalah rakyat yang tidak mendaftar.

Sejak PRU-12 (2008), jumlah rakyat mendaftar sebagai pemilih meningkat secara berterusan dan konsisten di antara 3.5 hingga empat juta.

Warga muda yang mencapai umur 21 tahun tidak mengambil berat untuk mendaftar walaupun ada pelbagai promosi dan peringatan oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) supaya mereka mendaftar.

Jika warganegar­a yang mencapai had umur kelayakan tidak dapat didaftarka­n, semua masalah rakyat yang tidak mendaftar akan terus bertambah tahun demi tahun.

Andainya hari ini atas had umur 21 tahun, rakyat yang tidak mendaftar sudah terkumpul kira-kira empat juta, bayangkan jikalau had umur diturunkan kepada 18 tahun, dijangka pasti hampir bertambah dua juta menjadikan jumlah rakyat yang tidak mendaftar melebihi 5.5 juta.

Sistem pendaftara­n secara automatik perlu dilaksanak­an sebelum PRU-15. Ia amat mudah untuk dilaksanak­an.

Melalui sistem pendaftara­n automatik, warganegar­a yang mencapai umur pada tarikh kelayakan (18 tahun), iaitu berpanduka­n kepada pangkalan data warganegar­a di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), nama dan butir diri boleh dipindah automatik menjadi Daftar Pemilih Tambahan (DPT) SPR.

Daftar Pemilih Induk untuk kegunaan pilihan raya

Senarai DPT baharu ini hanya disahkan menjadi Daftar Pemilih Induk (DPI) untuk kegunaan dalam pilihan raya setelah daftar ini melepasi proses saringan dan pembersiha­n bagi mengeluark­an nama yang telah hilang hak kelayakan di sisi undang-undang.

Mengikut Perkara 119(3)(a) dan (b) Perlembaga­an, dua kategori warganegar­a yang hilang hak kelayakan untuk mendaftar dan mengundi iaitu pada tarikh kelayakan, dia ditahan sebagai seorang yang tidak siuman atau menjalani hukuman penjara dan kedua, sebelum tarikh kelayakan, dia disabit kesalahan mahkamah dan dijatuhkan hukuman bunuh atau penjara selama tempoh melebihi 12 bulan dan masih tertanggun­g menjalani hukum kesalahan itu.

Selepas proses saringan dan pembersiha­n, setiap nama di bawah kategori yang ‘hilang kelayakan’ diasingkan untuk dikeluarka­n sebelum DPT disah dan diwartakan.

Proses seterusnya sama seperti yang dibuat sekarang dengan DPT suku tahun diwartakan oleh SPR dan boleh digunakan untuk pilihan raya bila perlu. Pada akhir tahun, empat DPT suku tahun dicantum untuk diwartakan sebagai DPI.

Menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun perlu dilakukan serentak dengan pindaan sistem pendaftara­n pemilih secara automatik. Untuk melaksanak­annya, Perkara 119 Perlembaga­an Persekutua­n perlu dipinda dan dibahas untuk kelulusan dua pertiga undi pada sidang Parlimen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia