Berita Harian

Pembelajar­an sepanjang hayat

-

Kuala lumpur: Aktiviti ikhtiar hidup yang diterapkan dalam pengakap terutama sewaktu perkhemaha­n banyak membantu Khairul Izzat Khairul Aizal, dalam kehidupan hariannya.

Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Laksamana, Masjid Tanah, Melaka yang mula menyertai pengakap ketika Tahun Tiga itu menjadikan pengalaman dalam persatuan unit beruniform terbabit untuk digunakan sepanjang hayatnya.

“Saya belajar untuk melakukan pelbagai tugasan, daripada yang asas sehingga ke kerja yang memerlukan fokus agar tidak berlakunya kecelakaan.

Sentiasa sedia

“Selain itu, sebagai ahli pengakap, kami juga dilatih untuk bersiap sedia jika ada kes kecemasan secara asas,” katanya.

Khairul Izzat yang menyertai pelbagai pertanding­an di sekolah berkata, pembabitan­nya dalam unit beruniform banyak mengajar erti disiplin terutama pembahagia­n masa.

“Saya rasa seronok kerana berpeluang melakukan pelbagai tugasan kerana bukan kejayaan markah A yang diidamkan, tetapi pengalaman merasai sendiri tugasan berkaitan kehidupan seharian memberi peluang untuk membantu ahli keluarga atau mereka yang memerlukan pertolonga­n,” katanya.

Tingkat keyakinan diri

Sependapat dengan Khairul Izzat murid Tahun Enam SK Jalan 3, Sekolah Berprestas­i Tinggi (SBT), Bandar Baru Bangi, Nur Adlina Izzati Azri, berkata pembabitan dalam Pandu Puteri Tunas sejak berusia 10 tahun banyak memberi impak positif dalam hidup terutama dalam aspek disiplin pembahagia­n masa.

“Sebagai murid yang aktif menyertai pelbagai aktiviti, saya perlu bijak membahagik­an masa.

“Disiplin bukan saja dari segi kelakuan, tapi bagi saya masa perlu ditepati selain memberi fokus apa yang saya lakukan dalam unit beruniform ini,” katanya.

Katanya yang juga Ketua Kumpulan Tari Citra Jentayu SK Jalan Tiga, Pandu Puteri Tunas juga mengajarny­a dalam membuat beberapa kerja harian di rumah tanpa diajar oleh ibu bapanya.

 ??  ??
 ??  ?? Nur Adlina Izzati Azri
Nur Adlina Izzati Azri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia