Berita Harian

Bursa Malaysia ditutup tinggi

FBM KLCI naik 4.74 mata dipacu minat belian saat akhir

-

Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi semalam berikutan minat belian pada saat akhir terhadap kaunter berkaitan indeks di tengahteng­ah prestasi bercampur-campur di bursa serantau kerana konflik perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) - China yang berpanjang­an, kata seorang peniaga.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada paras tertinggi antara hari pada 1,726.67, meningkat 4.74 mata, daripada penutup Jumaat 1,721.93.

Indeks barometer didagangka­n antara paras penutup tertinggi dan terendah antara hari sebanyak 1,717.93 mata, pada sepanjang hari.

Pensyarah Kanan dan Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School, Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata tiada kejutan pada prestasi pasaran ekuiti semalam kerana kurangnya tindak balas khusus dan perkembang­an terkini terhadap perang tarif As-china.

“Sebagai tambahan, keputusan Bank Negara Malaysia baru-baru ini tidak meningkatk­an kadar dasar semalaman memberi petunjuk optimis terhadap pertumbuha­n ekonomi negara,” katanya.

Seorang peniaga berkata, ketidakten­tuan yang menyelubun­gi perang perdaganga­n As-china menyebabka­n pasaran tukaran asing dan ekuiti dalam keadaan terumbang ambing.

Berita semalam menyatakan bahawa China sudah memfailkan cabaran Pertubuhan Perdaganga­n Dunia terhadap ancaman Washington untuk menaikkan tarif AS$200 bilion barangan dari China.

Indeks serantau, Straits Times Singapura susut 0.85 peratus kepada 3,232.79, indeks Hang Seng menokok 0.05 peratus kepada 28,539.66, dan Indeks Komposit SSE China susut 0.61 peratus kepada 2,814.04.

Pada peringkat tempatan, suasana pasaran adalah positif dengan untung mengatasi rugi 424 kepada 414 dengan 417 kaunter tidak beru- bah, 652 tidak diniagakan dan 17 lagi digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 2.04 bilion unit bernilai RM1.99 bilion, daripada 3.27 bilion unit bernilai RM2.83 bilion yang direkodkan pada Jumaat.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik enam sen kepada RM9.57, Public Bank meningkat dua sen kepada RM23.02, Petronas Chemicals meningkat 25 sen kepada RM8.87, sementara CIMB susut enam sen kepada RM5.66, manakala Tenaga tidak berubah pada RM14.64.

Antara yang aktif, MYEG meningkat 10.5 sen kepada RM1.01, Sino Hua-an meningkat setengah sen kepada 32 sen, Frontken menambah empat sen kepada 50.5 sen manakala MRCB susut setengah sen kepada 68.5 sen sementara Sapura susut satu sen kepada 58.5 sen.

Top Glove mendahului senarai untung hari ini, meningkat 39 sen kepada RM10.30 manakala Heineken membuat penyusutan terbesar, 18 sen kepada RM23.10.

Indeks FBM Emas meningkat 55.63 mata kepada 12,201.84, FBM70 melonjak 153.75 mata kepada 14,937.38, Indeks FBMT100 meningkat 55.62 mata kepada 12,003.65, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 68.61 mata kepada 12,307.37, Indeks FBM Ace meningkat 26.16 mata kepada 5,377.5 manakala Indeks FTSE Bursa Malaysia Small Cap Index meningkat 51.38 mata kepada 14,293.85.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 4.92 mata kepada 17,039.3, Indeks Perusahaan menambah 9.41 mata kepada 3,188.97 dan Indeks Perladanga­n meningkat 6.82 mata kepada 7,519.36.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.20 bilion saham bernilai RM1.76 bilion, daripada 2.15 bilion saham bernilai RM2.56 bilion yang dicatatkan pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran susut kepada 574.51 juta unit bernilai RM177.2 juta, berbanding pada Jumaat sebanyak 761.7 juta unit bernilai RM183.47 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 262.85 juta saham bernilai RM44.49 juta daripada 356.5 juta saham bernilai RM83.38 juta yang direkodkan Jumaat lalu.

Produk pengguna berjumlah 37.04 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustr­ian (220 juta), pembinaan (115.13 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (505.88 juta), teknologi (90.84 juta), infrastruk­tur (23.73 juta), SPAC (1.58 juta), kewangan (52.19 juta), hotel (1.16 juta), hartanah (122.94 juta), perladanga­n (27.83 juta), perlombong­an (9,400), REITS (7.83 juta) dan penutup/ dana (22,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia