Berita Harian

‘Kami tiada nasib’

Modric sifatkan penalti VAR Perancis punca Croatia gagal bangkit

-

Kapten Croatia, Luka Modric percaya pasukannya beraksi lebih baik daripada Perancis pada aksi final Piala Dunia, kelmarin tetapi mengakui: 'Kadangkala pasukan lebih baik tidak menang'.

Seperti Oliver Kahn, Zinedine Zidane dan Lionel Messi sebelumnya, Modric mengalami kekalahan tetapi dipilih sebagai penerima Bola Emas kerana menjadi pemain terbaik kejohanan.

Perancang tengah berusia 32 tahun itu memberitah­u pemberita dia bangga menerima anugerah berkenaan tetapi begitu berharap memenangi trofi Piala Dunia lagi buat Croatia.

Perancis merakam kemenangan selesa 4-2, tetapi bernasib baik untuk mendahului 2-1 di awal permainan dan bergelut mengatasi penguasaan bola Croatia sebelum jaringan hebat ketiga Paul Pogba pada minit ke-59.

Ditanya jika dia merasa Croatia kurang bernasib baik, Modric berkata: “Ya, saya juga fikir begitu. Semua orang merasakan hal yang sama iaitu kami beraksi dengan baik.

“Saya fikir kami adalah pasukan lebih baik tetapi kadangkala pasukan lebih baik tidak semestinya menang."

Kena tangan Perisic

Bintang Real Madrid itu menyifatka­n gol kedua Perancis pada minit ke-38 sebagai 'titik permulaan kegagalan' mereka, selepas Ivan Perisic kembali memadamkan jaringan sendiri Mario Mandzukic.

Perancis mendahului semula aksi apabila pengadil Nestor Pitana menggunaka­n Video Bantuan Pengadil (VAR) untuk menghadiah­kan penalti kerana bola terkena tangan Perisic.

“Kami amat terkejut apabila penalti diberikan, ia bukannya penalti daripada pandangan saya, dan selepas itu kami gagal untuk kembali bangkit,” kata Modric.

 ??  ??
 ??  ?? Modric dipilih sebagai penerima Bola Emas kerana menjadi pemain terbaik Piala Dunia.
Modric dipilih sebagai penerima Bola Emas kerana menjadi pemain terbaik Piala Dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia