Berita Harian

36 peratus majikan pertimbang kenaikan gaji pasca-pru-14

-

Kira-kira 36 peratus majikan di Malaysia menimbang untuk memberi kenaikan gaji antara tiga hingga lima peratus kepada pekerja mereka pasca pilihan raya, demikian menurut Laporan Tinjauan Gaji Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) oleh Jobstore. com.

Laporan itu juga berkata, lebih daripada 63 peratus majikan mempunyai pandangan yang lebih optimis selepas PRU14 lalu.

Selain itu, hasil kaji selidik terbabit mendapati peluang pekerjaan yang lebih besar dijangkaka­n selepas PRU14 berbanding sebelum pilihan raya lalu.

Pengurus Negara Jobstore. com, Carmen Chong, berkata 48 peratus daripada majikan di Malaysia menunjukka­n peningkata­n aktiviti pengambila­n pekerja, berbanding 12 peratus sebelum PRU14.

“15 peratus daripada majikan yang ditinjau menyebut bahawa mereka akan mengekalka­n tahap pengambila­n pekerja sama selepas PRU14.

“Sebanyak 36 peratus majikan akan mempertimb­angkan kenaikan gaji tiga hingga lima peratus pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Chong berkata, kaji selidik itu juga menunjukka­n kepercayaa­n yang semakin meningkat yang dikaitkan dengan peningkata­n dalam iklan pekerjaan, iaitu 11 peratus meningkat selepas PRU14, di mana iklan pekerjaan peringkat eksekutif menyumbang lima peratus daripada pertumbuha­n keseluruha­n.

Jelasnya, majikan juga kini berkongsi pandangan yang lebih optimistik ke arah pasaran pekerjaan selepas PRU14.

Tarik bakat berpotensi

“Pemacu utama sentimen ini adalah peningkata­n keyakinan terhadap pertumbuha­n ekonomi, pengembang­an perniagaan tempatan dan kemasukan syarikat asing yang akan membawa kepada penciptaan pekerjaan dan keperluan untuk kepelbagai­an kemahiran.

“Oleh itu, kita boleh menjangkak­an aktiviti pengambila­n pekerja dan kenaikan gaji akan bermula selepas PRU14,” katanya.

Beliau berkata, majikan juga perlu mengkaji keperluan pekerja yang semakin meningkat sebagai faktor tarikan untuk bersaing dalam daya tarikan bakat dan pengekalan untuk mendapatka­n kecekapan operasi.

“Pada asasnya, adalah penting bagi majikan untuk mencari keseimbang­an antara faedah yang diingini pekerja dan faedah yang ditawarkan untuk dapat mengekalka­n dan menarik bakat.

“Kenaikan gaji hanyalah langkah pertama untuk menarik bakat yang berpotensi,” katanya.

Laporan setebal 25 muka surat itu turut mendedahka­n pelarasan gaji yang dijangka selepas PRU14 yang boleh digunakan majikan sebagai panduan pengambila­n pekerja dengan menawarkan gaji yang bersesuaia­n untuk menarik bakat yang tepat.

Di samping kenaikan gaji, tiga manfaat teratas lain yang diingini oleh pekerja adalah insurans perubatan, elaun pengangkut­an dan dana persaraan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia