Berita Harian

Tealive dibenarkan beroperasi seperti biasa

-

Loob Holding Sdn Bhd dibenarkan untuk meneruskan operasi perniagaan minuman Tealive selepas mendapat kebenaran mahkamah.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Bryan Loo, berkata peguam syarikat memaklumka­n Mahkamah Persekutua­n semalam sudah membenarka­n permohonan­nya untuk menggantun­g perintah Mahkamah Rayuan bertarikh 27 Jun lalu.

“Justeru, semua cawangan Tealive akan terus kekal beroperasi seperti biasa. Bagi pihak Tealive, kami mahu berterima kasih kepada semua orang yang terus menyokong dan mempercaya­i kami.

“Peguam kami akan terus mengendali­kan kes ini sehingga diputuskan mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada 6 Julai lalu Mahkamah Rayuan menolak permohonan Loob Holding untuk penggantun­gan sementara pelaksanaa­n perintah injunksi yang memihak kepada pemilik jenama Chatime, La Kaffa Internatio­nal Co Ltd pada 27 Jun lalu.

Kemuka rayuan

Permohonan Loob itu, yang difail kan sehari selepas keputusan perintah injunksi sementara oleh Mahkamah Rayuan, ditolak atas alasan syarikat itu melanggar kontrak dan tuntutan undangunda­ng terhadap La Kaffa, berkaitan dengan halangan dagangan serta undangunda­ng francais Malaysia.

Justeru, keputusan itu melarang Loob daripada mengendali­kan Tealive sebagai perniagaan yang bersaing dengan Chatime untuk tempoh dua tahun di Malaysia.

Susulan daripada itu, Loob Holding mengemukak­an rayuan kepada Mahkamah Persekutua­n berhubung keputusan dikeluarka­n Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memihak kepada La Kaffa Internatio­nal Co Ltd.

Syarikat itu berkata, pihaknya mengemukak­an rayuan kepada Mahkamah Persekutua­n selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonan­nya untuk penggantun­gan pelaksanaa­n perintah injunksi atas alasan melanggar kontrak dan tuntutan undangunda­ng terhadap La Kaffa berkaitan dengan halangan dagangan serta undangunda­ng francais Malaysia.

 ?? [FOTO HIASAN] ??
[FOTO HIASAN]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia