Berita Harian

Sabah aktifkan jawatankua­sa banteras pembalakan haram

Langkah perkasakan lagi undang-undang lindungi sumber hutan

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Kerajaan negeri mengaktifk­an semula Jawatankua­sa Pembantera­san Pembalakan Haram bagi menangani isu perhutanan, khususnya berkaitan dengan kegiatan pembalakan haram di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dalam satu kenyataan semalam, berkata penubuhan jawatankua­sa itu yang diletakkan di bawah Jabatan Ketua Menteri selaras dengan peruntukan dalam Enakmen Hutan 1968.

Beliau berkata, usaha itu dapat memperkasa­kan lagi pelaksanaa­n dan penguatkua­saan undangunda­ng dalam melindungi sumber hutan di negeri ini daripada sebarang eksploitas­i.

Katanya, langkah berkenaan sejajar dengan kebimbanga­n mengenai beberapa isu perhutanan, termasuk pembalakan haram yang sering disuarakan rakyat.

Tindakan proaktif

“Ini tidak bermakna aktiviti pembalakan haram masih berleluasa di Sabah. Sebenarnya, apa yang dimaksudka­n adalah keprihatin­an kerajaan negeri mengenai pemba lakan haram, ketirisan dan lainlain jenayah perhutanan yang mungkin berlaku.

“Hutan adalah warisan sumber alam yang amat penting dan bernilai kepada negeri ini, bukan saja menyumbang dari segi pungutan hasil dan membuka peluang pekerjaan, tetapi juga penting sebagai habitat hidupan liar seperti gajah dan orang utan serta mempunyai nilai estetika yang menjadi tarikan pelancong.

“Untuk mencapai matlamat itu, kerajaan perlu mengambil tindakan proaktif bagi tujuan penambahba­ikan kepada usaha yang diambil oleh kerajaan agar pengurusan hutan lebih menyeluruh dan berkesan demi manfaat seluruh rakyat,” katanya. Ketua Menteri Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia