Berita Harian

PENGERUSI HINDRAF DILANTIK MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Pengerusi Hindraf dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri

-

Lima senator semalam mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri di hadapan Yang di-pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Istiadat yang berlangsun­g di Singgahsan­a Kecil itu didahului Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), Senator P Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahter­aan Sosial).

Waytha Moorthy kemudian menerima surat cara pelantikan dan melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatan­gani dokumen rasmi pelantikan disaksikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Turut menyaksika­n istiadat itu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Empat lagi senator yang mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri didahului Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang, Senator Marzuki Yahya sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri dan Ketua PPBM Bahagian Ketereh, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Angkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara

Dua lagi senator yang mengangkat sumpah ialah Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Ching Tong, sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Terengganu, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Terdahulu, lima senator berkenaan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa semalam.

Pada 2 Julai lalu, 13 menteri mengangkat sumpah menjadikan keseluruha­n 27 menteri dalam kabinet Dr Mahathir, menyusuli 13 menteri terdahulu yang mengangkat sumpah jawatan masing-masing pada 21 Mei lalu.

Pada 10 Mei lalu, Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, sehari selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke14 yang menyaksika­n berakhirny­a pemerintah­an 61 tahun Barisan Nasional.

Kemudian pada 21 Mei, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembanguna­n Keluarga, mendahului 13 lagi anggota Kabinet mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia masing-masing.

 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Seri Paduka bergambar bersama Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah, Dr Wan Azizah; Yang di-pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri SA Vigneswara­n (lima dari kiri) dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Muhamad Arif Md Yusof (empat dari kiri) pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen Ke-14 di Parlimen, semalam.
[FOTO BERNAMA] Seri Paduka bergambar bersama Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah, Dr Wan Azizah; Yang di-pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri SA Vigneswara­n (lima dari kiri) dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Muhamad Arif Md Yusof (empat dari kiri) pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen Ke-14 di Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia