Berita Harian

BAPA GIGIT KEPALA, LAMBUNG BAYI HINGGA LEBAM

Anak baru berusia 20 hari pernah dilambung, ugut dijual

- Oleh Hadzlihady Hassan

Bapa durjana dan mungkin juga sudah hilang akal. Itu gelaran sesuai buat seorang lelaki apabila tergamak menggigit kepala bayi perempuann­ya yang baru berusia 20 hari hanya kerana anaknya itu kerap menangis.

Tidak cukup dengan perbuatann­ya itu, suspek juga kerap melambung dan pernah menggantun­g anaknya di buai hingga terjatuh di rumah mereka di Bumbung Lima.

Malah, dia juga pernah mengugut mahu menjual bayi berkenaan dan sering memukul anaknya yang lain membuatkan isterinya bimbang dan melaporkan kejadian terbabit kepada polis.

Suspek yang berusia 34 tahun itu berjaya ditahan polis di pekarangan Hospital Kepala Batas, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata suspek ditahan jam 7.50 malam oleh anggota polis yang melakukan Op Cantas.

Penganggur positif dadah

Menurutnya, isteri suspek membawa bayi mereka ke hospital untuk rawatan dan doktor mendapati kesan lebam sudah hilang kerana kejadian sudah beberapa hari berlaku.

“Hasil siasatan awal, kita dapati suspek kerap melambung dan menggigit bayi berkenaan di kepala, hidung serta pipi hingga meninggalk­an kesan.

“Punca dia berbuat demikian kerana bayi terbabit kerap menangis malah siasatan juga mendapati suspek pernah mengugut mahu menjual anaknya itu,” katanya, semalam.

Noorzainy berkata, suspek yang tidak bekerja itu didapati positif methamphet­amine, namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Suspek direman semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Hasil siasatan awal, kita dapati suspek kerap melambung dan menggigit bayi berkenaan di kepala, hidung serta pipi hingga meninggalk­an kesan” Noorzainy Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara

 ??  ??
 ?? [FOTO IHSAN PDRM] ?? Keadaan kepala bayi perempuan berusia 20 hari angkara digigit bapanya sehingga meninggalk­an kesan gigitan di rumah mereka dekat Kepala Batas, semalam.
[FOTO IHSAN PDRM] Keadaan kepala bayi perempuan berusia 20 hari angkara digigit bapanya sehingga meninggalk­an kesan gigitan di rumah mereka dekat Kepala Batas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia