Berita Harian

Dewan gamat seketika sejurus Seri Paduka mula ucapan

-

Kuala Lumpur: Suasana dalam Dewan Rakyat gamat seketika sejurus sebelum Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V, memulakan ucapan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-14, semalam.

“Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tuan Yang Dipertua Dewan Negara dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sila duduk dan jangan lari,” titah baginda sambil tersenyum sebelum duduk.

Ungkapan akhir itu membuatkan Ahli Dewan ketawa termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Timbalanny­a Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan barisan Menteri Kabinet serta Ahli Parlimen.

Tercuit ‘pesanan’ baginda

Malah, Ketua Pembangkan­g, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta barisan ahli pembangkan­g turut tercuit mendengar ‘pesanan’ baginda.

Menjadi kelaziman dan amalan persidanga­n bagi Yang di-pertuan Agong mengalu-alukan kehadiran Yang Dipertua Dewan Rakyat serta Dewan Negara sebelum memulakan ucapan pembukaan persidanga­n Dewan Rakyat.

Bagaimanap­un, senarionya agak berbeza semalam apabila peringatan spontan Sultan Muhammad V supaya ‘jangan lari’ dalam nada berseloroh itu turut menjadi nasihat yang jarang disaksikan dalam mana-mana sesi pembukaan persidanga­n Dewan Rakyat.

Selepas keadaan kembali reda, Sultan Muhammad V memulakan ucapan perasmian istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-14.

Walaupun sukar dipastikan maksud sebenar ‘peringatan mesra’ Yang di-pertuan Agong itu, namun ia mungkin mempunyai kaitan dengan tindakan Ahli Parlimen pembangkan­g keluar dewan ketika upacara pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof. kelmarin.

Semua wakil Barisan Nasional (BN) dan PAS, kecuali Khairy Jamaluddin (Bn-rembau), Datuk Seri Anifah Aman (Bn-kimanis) dan Datuk Rozman Isli (Bn-labuan) keluar sebagai tanda membantah pelantikan Mohamad Ariff.

Pembangkan­g mendakwa pelantikan Mohamad Ariff tidak mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) Dewan Rakyat namun tetap mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di hadapan Yang Dipertua selepas protes berakhir.

Terdahulu, baginda tiba di Parlimen kira-kira jam 10 pagi dan disambut Dr Mahathir serta Dr Wan Azizah. Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

 ??  ?? Sultan Muhammad V berkenan menyampaik­an titah ucapan perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, semalam.
Sultan Muhammad V berkenan menyampaik­an titah ucapan perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia