Berita Harian

Dakwa tindakan polis sekat kebebasan suara

-

Kuala Lumpur: Pemantau Malaysia Baharu menganggap tindakan polis menghalang mereka berarak ke Parlimen bagi menyatakan sokongan kepada Yang dipertuan Agong, Sultan Muhammad V sebagai menyekat kebebasan bersuara.

Presidenny­a, Datuk Lokman Noor Adam, berkata pihaknya percaya tindakan polis menyekat mereka adalah atas arahan kerajaan berikutan kegagalan pihak berkuasa untuk memaklumka­n alasan sekatan.

“Tujuan kita berhimpun untuk berarak secara aman ke persimpang­an Parlimen bagi menyatakan sokongan kepada Yang di-pertuan Agong dan institusi diraja yang kini dihina sesetengah pihak tanpa pembelaan.

“Kita kecewa apabila tujuan ini dihalang polis yang gagal menyatakan sebab atau atas akta apa kami dihalang biarpun perhimpuna­n sudah memenuhi Akta Perhimpuna­n Aman 2012,” katanya ketika berhimpun di kawasan meletak kereta 50 meter dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya akan memanggil penganjur perhimpuna­n itu kerana ia diadakan tanpa permit.

“Perhimpuna­n itu menyalahi undang-undang. Kita dapati perhimpuna­n berkenaan berjalan dengan aman,” katanya pada sidang media di Balai Polis Bukit Jalil di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia