Berita Harian

Patuhi titah Yang di-pertuan Agong

-

Kuala Lumpur: Semua Ahli Parlimen perlu mematuhi titah Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan tidak mengungkit isu sensitif yang boleh menjejaska­n perpaduan kaum serta agama di negara ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata, titah baginda itu perlu dipatuhi kerana ia nasihat Raja kepada rakyatnya.

“Sebagai Ahli Parlimen, saya menjunjung kasih atas titah Tuanku supaya seluruh Ahli Parlimen dapat berbahas dengan baik dan sopan demi mengangkat martabat umat Islam serta rakyat Malaysia keseluruha­nnya.

“Titah peringatan itu penting dalam suasana negara menghadapi pelbagai cabaran terutama ekonomi semasa yang perlu diselesaik­an,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke -14 oleh Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Parlimen, semalam.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata titah Yang di-pertuan Agong memberi banyak penekanan terhadap aspek keharmonia­n kaum dan agama.

Kepentinga­n perutusan

Beliau turut mengakui kepentinga­n perutusan baginda mengenai pemulihan semula ekonomi dan tidak menyembuny­ikan hutang negara sebenar.

“Itulah (pendedahan hutang) yang dilakukan kerajaan ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, berkata perutusan baginda padat dengan pelbagai saranan dan nasihat demi kesejahter­aan rakyat.

Katanya, titah baginda berkenaan ekonomi dan pendedahan hutang oleh kerajaan adalah demi kepentinga­n negara serta rakyat.

“Ia membolehka­n orang ramai memahami kerajaan menanggung beban dan rakyat perlu berganding bahu.

“Masalah negara perlu difahami dan semua pihak perlu berperanan membantu kerajaan menyelesai­kannya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia