Berita Harian

Tujuh syor perundanga­n diserah kepada MPK

Jawatankua­sa Pembaharua­n Institusi kemuka cadangan bina Malaysia baharu

- Oleh Nadia Hamid cnews@nstp.com.my

Jawatankua­sa Pembaharua­n Institusi semalam menyerahka­n laporan yang mengandung­i tujuh cadangan utama pembaharua­n sistem perundanga­n negara kepada Majlis Penasihat Kerajaan (MPK).

Pengerusin­ya, Datuk KC Vohrah, berkata jawatankua­sa akan bermesyuar­at dengan MPK untuk memuktamad­kan cadangan berkenaan, minggu depan.

Vohrah yang juga bekas hakim Mahkamah Rayuan berkata, laporan itu mengandung­i cadangan memperbaha­rui undang-undang yang didakwa menyekat hak kebebasan di negara ini dan perlu untuk membina Malaysia baharu.

“Cadangan pembaharua­n yang akan diteliti bersama MPK antaranya (membabitka­n) Parlimen; pilihan raya; badan kehakiman dan tapisan calon yang berkhidmat dalam undang-undang. Ia termasuk antirasuah; polis dan Imigresen; komunikasi, media dan maklumat serta undang-undang dan hak asasi manusia.

Beri cadangan segera

“Jawatankua­sa turut membuat cadangan segera mengenai beberapa perkara dianggap penting, yang sebahagian besarnya sudah dimasukkan ke dalam laporan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Vohrah berkata, laporan cadangan itu membabitka­n maklum balas kira-kira 1,000 perwakilan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam yang diserahkan melalui medium surat, e-mel dan keterangan lisan.

Beliau berkata, pihaknya berterima kasih kepada maklum balas yang diterima dalam usaha membuat pembaharua­n kepada sistem pentadbira­n di negara ini.

“Ada beberapa isu penting tetapi tidak berkaitan dengan kajian kami, dibangkitk­an oleh orang awam dan memerlukan penelitian. Kami akan merujuk perkara ini kepada agensi kerajaan berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Beberapa kepentinga­n awam, yang kritikal tetapi tidak dapat diselesaik­an dalam jangka masa singkat. Kita mencadangk­an kajian lanjut untuk menyelesai­kan isu ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia