Berita Harian

Kes kahwin budak masih dalam siasatan

-

Kuala Lumpur: Kes perkahwina­n bawah umur membabitka­n kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Gua Musang, Kelantan masih disiasat daripada pelbagai aspek membabitka­n beberapa agensi kerajaan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertindak sebagai penyelaras siasatan berkenaan.

Katanya, adalah tidak bijak untuk ‘menjatuhka­n hukuman’ terhadap sesuatu isu sebelum semua bukti dikumpul dan penyiasata­n diselesaik­an.

“Sebagai kerajaan, kami perlu bertindak mengikut undang-undang Persekutua­n. Inilah yang dimaksudka­n dengan kedaulatan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kisah perkahwina­n kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dikatakan warga Thailand dengan lelaki tempatan berusia 41 tahun itu tersebar luas sejak beberapa minggu lalu dan mengundang reaksi pelbagai pihak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia