Berita Harian

‘Rakyat kecewa sifar GST tak turunkan harga barang’

-

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata rakyat kecewa apabila harga barangan masih tidak turun walaupun Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berkadar sifar.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, beliau menerima reaksi daripada orang ramai yang berpendapa­t harga barangan sebenarnya tidak turun, selepas kadar sifar itu dilaksanak­an.

“Saya dapat lihat orang ramai kecewa, ada juga barang yang turun macam harga kereta, tetapi umumnya harga barangan keperluan biasa rakyat tidak turun, malah ada yang naik.

“Jadi impak yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan bahawa mereka akan mengurangk­an kos sara hidup tidak tercapai.

Bimbang kesan pelaksanaa­n SST

“Selain itu, rakyat juga bimbang dengan langkah memperkena­lkan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) kerana dijangka harga akan naik,” katanya ketika ditemui di Parlimen, semalam.

Najib berkata, beliau akan membawa perkara itu dalam sidang Dewan Rakyat dan akan memberi fakta yang diperlukan.

“Pelaksanaa­n SST juga akan memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata kerajaan perlu mengekalka­n GST kerana sistem percukaian itu lebih efisyen berbanding SST.

Katanya, kerajaan seharusnya menggunaka­n pendekatan yang lebih rasional walaupun GST kini menjadi isu politik utama buat Pakatan Harapan (PH).

“Saya akan bercakap isu ini (GST) pada sesi debat di Parlimen. GST adalah cukai lebih efisyen berbanding SST.

SST banyak kelompanga­n

“Kerajaan patut mengekalka­n GST tetapi pada kadar yang lebih rendah sekali gus mampu memberi pendapatan seperti SST. Mungkin pada kadar tiga atau empat peratus. SST tidak efisyen dan banyak kelompanga­n.

“Saya sedar GST menjadi isu politik yang besar kepada kerajaan, tetapi pendekatan yang digunakan harus rasional.

“Jangan mansuh GST disebabkan politik. Jangan biarkan politik menentukan dasar ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kiriman di Twitter, semalam.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kelmarin mengumumka­n SST yang akan diperkenal­kan semula pada 1 September depan ditetapkan pada kadar 10 peratus bagi jualan dan enam peratus untuk perkhidmat­an.

Beliau berkata, Rang Undang-undang (RUU) SST dijangka dibentangk­an di Parlimen Ogos ini bagi menggantik­an GST yang mana pengenalan semula SST dijangka menyumbang RM4 bilion kepada hasil kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia