Berita Harian

Sistem percukaian secara berasingan

-

Kuala Lumpur: Cadangan 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmat­an di bawah pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), tidak menjadikan keseluruha­n cukai yang perlu ditanggung pengguna pada kadar 16 peratus.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, mengakui cadangan itu menimbulka­n banyak kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Beliau yang pernah menjadi Pegawai Khas Kementeria­n Kewangan berkata, kedua-dua sistem percukaian itu dikenakan secara berasingan.

“Cukai jualan (10 peratus) akan dikenakan pada produk yang dibuat di kilang. Untuk cukai perkhidmat­an (enam peratus) pula, ia dikenakan untuk perkhidmat­an sahaja.

Tidak boleh digabungka­n

“Sebenarnya, kedua-dua percukaian ini adalah berasingan. Jadi, ia tidak boleh digabungka­n sekali menjadi 16 peratus,” katanya kepada di lobi Parlimen, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang berkata kerajaan mencadangk­an kadar 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmat­an di bawah SST.

Ia akan diperkenal­kan semula pada 1 September depan.

Mengulas lanjut mengenai SST, Kian Ming berkata, cukai jualan yang dikenakan berbeza dengan GST.

Beliau menjelaska­n, cukai jualan dikenakan dari punca pengilanga­n, manakala GST dikenakan pada peringkat jualan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia