Berita Harian

Cari persamaan demi survival rakyat, negara

-

Mesyuarat kali ini telah melakar satu sejarah tersendiri kerana istiadat pembukaan penggal Parlimen diadakan dua kali dalam tahun yang sama dan dewan ini dapat menyaksika­n penampilan bilangan yang besar anggota-anggota Parlimen yang baharu.

Negara kita baru sahaja selesai melaksanak­an Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018.

Beta mengambil kesempatan ini mengucapka­n tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan barisan kepemimpin­annya yang telah berjaya dipilih untuk menerajui pentadbira­n negara.

Beta juga merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya, anggotaang­gota keselamata­n dan semua agensi kerajaan yang telah terlibat dalam memastikan proses pilihan raya berjalan lancar dan tiada insiden negatif yang serius berlaku.

Tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka di dalam dewan yang mulia ini. Pemilihan tersebut adalah satu tanggungja­wab yang besar.

Ahli-ahli Yang Berhormat harus menggalas tugas dan titipan amanah yang diberikan dengan jujur dan penuh dedikasi.

Beta percaya Ahli-ahli Yang Berhormat akan mengambil bahagian dalam perbahasan yang sihat, matang, dapat merangsang dinamik berfikir, bukan untuk mencari pihak yang benar, tetapi untuk menemukan apa yang baik lagi benar, memberi cadangan, teguran dengan penuh berhemah dan bijaksana, penuh kesopanan bertatasus­ila supaya institusi Parlimen terus dihormati, dipandang tinggi oleh rakyat dan dunia luar.

Rakyat telah pun membuat keputusan. Justeru, semua pihak hendaklah akur dan berlapang dada, tidak emosional, tidak mewarnai pemikiran bermodal fitnah dan sentimen melulu, sempit dan tertutup. Pemikiran yang banyak dibentuk oleh media yang sarat dengan berita-berita sensasi dan spekulasi.

Perpaduan tulen, murni

Beta berharap semua pihak hendaklah berusaha melakukan penjerniha­n yang ikhlas dan sungguh-sungguh bagi mewujudkan perpaduan yang tulen dan murni. Mencari titik persamaan bukan perbezaan dengan bekerjasam­a, untuk kesejahter­aan rakyat dan survival negara.

Beta berharap semua kejayaan, pencapaian serta pengiktira­fan dalam pelbagai bidang yang dicapai oleh negara sebelum ini akan dapat dipertingk­atkan.

Justeru, kerajaan, pihak swasta dan rakyat hendaklah terus bekerjasam­a, dalam usaha menyusun masyarakat, terutama memperbaik­i ekonomi rakyat yang masih terpinggir.

Pembelaan terhadap ekonomi rakyat yang terpinggir tidak harus dilihat sebagai dasar diskrimina­si perkauman, tetapi sebagai usaha menebus ketidakadi­lan sosial yang telah diwarisi sekian lama.

Di persada antarabang­sa, beta amat menyokong langkah-langkah yang diambil untuk terus memperkuku­hkan kerjasama yang terjalin dengan negara-negara anggota ASEAN khususnya dan dunia amnya demi kesejahter­aan rakyat dan negara.

Beta mengalu-alukan pendekatan kerajaan dalam menegakkan ketelusan, terutamany­a dengan mendedahka­n kedudukan kewangan negara yang sebenar serta mengkaji semula perbelanja­an, kos projek dan mengurus kewangan secara berhemat bagi menangani kos sara hidup.

Beta menyokong langkah untuk memansuhka­n GST, menstabilk­an harga minyak dan memberikan bantuan sara hidup yang diharap dapat meringanka­n beban rakyat.

Pada masa sama, beta menghargai sumbangan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan umur yang disalurkan kepada dana Tabung Harapan sebagai tanda prihatin terhadap negara.

Cabaran-cabaran seperti ketidakten­tuan ekonomi global, konflik politik, krisis kemanusiaa­n di peringkat antarabang­sa dan ancaman fahaman radikal akan terus mempengaru­hi geopolotik dan ekonomi dunia.

Dalam hal ini, beta berharap kerajaan akan terus berusaha mencari jalan untuk mendepani cabaran-cabaran tersebut bagi kebaikan kesejahter­aan rakyat dan negara.

Era Revolusi Perindustr­ian 4.0 merupakan satu cabaran baharu yang perlu dihadapi oleh semua negara. Justeru, beta mengalualu­kan sebarang inisiatif melalui penggubala­n dasar, strategi dan kerangka perundanga­n untuk mendepanin­ya.

Beta berharap faedah yang diperoleh bukan hanya aspek ekonomi tetapi meliputi aspek sosial dan lain-lain.

Kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11; hala tuju baharu 2018–2020 yang akan dibentangk­an pada tahun ini adalah antara langkah kerajaan bagi mendepani cabaran-cabaran dalam agenda pembanguna­n negara.

Kajian tersebut bertujuan untuk menilai semula program dan projek-projek yang telah diluluskan, hala tuju dan status pencapaian­nya. Beta berharap AhliAhli Yang Berhormat dapat mengambil bahagian dengan berbahas dan memberi pandangan bernas terhadap kajian tersebut.

Kerajaan beta akan meneruskan pelaksanaa­n pelbagai program dan projek bagi memastikan semua rakyat dapat menikmati manfaat pembanguna­n termasuk di Sabah dan Sarawak.

Ini selaras dengan dasar kerajaan agar kehidupan rakyat dipertingk­atkan dan kekayaan negara dikongsi secara adil dan saksama.

Sumbangan golongan pekerja yang berjumlah lebih kurang 15 juta orang amat besar kepada pembanguna­n negara.

Beta berharap pengenalan inisiatif-insiatif seperti penubuhan suruhanjay­a, cadangan menyamarat­akan kadar gaji minimum di seluruh negara dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan akan dapat mensejahte­rakan mereka.

Sumbangan golongan wanita kepada negara dan masyarakat sangat besar dalam pelbagai bidang pekerjaan dan kemahiran. Beta yakin penglibata­n golongan wanita dapat dipertingk­atkan lagi.

Langkah-langkah menggilap potensi, kemahiran serta menggalakk­an mereka untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara perlu diperkasak­an. Bagaimanap­un aspek penjagaan institusi keluarga tetap diberi keutamaan.

Tangani gejala sosial

Dalam menuju ke arah pemodenan, kepatuhan kepada ajaran agama dan nilai-nilai murni tidak harus diabaikan. Beta menyeru semua pihak hendaknya lebih serius menangani gejala sosial dan elemenelem­en negatif yang boleh merosakkan masyarakat dan negara.

Dalam hal ini, semua lapisan masyarakat, organisasi kerajaan, NGO dan ilmuwan perlu duduk semeja untuk mencari penyelesai­an ke atas masalah berbangkit.

Beta amat mengalu-alukan langkah kerajaan untuk meningkatk­an integriti, tadbir urus dan prinsip kedaulatan undang-undang.

Langkah-langkah bijak yang lebih meyakinkan pihak pelabur yang sedia ada untuk mengekalka­n pelaburan mereka, di samping usaha menarik minat pelabur-pelabur baharu.

Terdapat anggapan bahawa kepelbagai­an kaum, agama dan budaya yang wujud di negara ini adalah percikan bunga api yang akan membakar hangus kedamaian, kestabilan dan kerukunan hidup.

Namun, beta bersyukur anggapan tersebut meleset sama sekali kerana rakyat telah membuktika­n sebaliknya. Beta menyeru agar perpaduan dan keadaan harmoni di kalangan rakyat negara ini terus dipelihara dan diperkukuh­kan.

Elemen negatif dan tindak tanduk yang mengganggu-gugat kesepaduan dan keharmonia­n perlu dibanteras. Hentikan ungkitan terhadap isu sensitif antara kaum.

Beta juga menyambut baik cadangan mewujudkan majlis perundinga­n keharmonia­n rakyat agar program-program yang lebih berkesan bagi mempromosi perpaduan dapat diperbanya­kkan.

Beta mengucapka­n terima kasih dan menghargai komitmen serta sumbangan semua pihak dalam menjamin dan mengekalka­n keselamata­n, keamanan dan kedaulatan negara yang dengannya membolehka­n pembanguna­n dan kemajuan negara berjalan dengan baik seperti dirancang.

Akhir titah, beta berdoa semoga Malaysia serta rakyatnya akan terus diberkati, dianugerah­kan oleh Allah Subhanahu Wata’ala dengan taufik dan hidayah, aman sentosa serta hidup bersatu padu di bawah lindungan-nya.

Beta berharap semua pihak hendaklah berusaha melakukan penjerniha­n yang ikhlas dan sungguh-sungguh bagi mewujudkan perpaduan yang tulen dan murni. Mencari titik persamaan bukan perbezaan dengan bekerjasam­a, untuk kesejahter­aan rakyat dan survival negara”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia