Berita Harian

PAS desak segera siasat Ramasamy

-

Kuala Lumpur: PAS meminta polis menyiasat Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy yang didakwa terbabit dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka.

Ketua Penerangan­nya, Nasrudin Hassan, berkata gambar Ramasamy bersama pengasas dan Setiausaha Agung parti politik Marumalarc­hi Dravida Munnetra Kazhagam (MDMK), Vaiko atau V Gopalasamy yang dimuat naik di media sosial pada 14 Julai lalu menimbulka­n pelbagai persoalan dan persepsi.

Katanya, ia kerana gambar menunjukka­n Ramasamy berada dalam satu mesyuarat bersama jawatankua­sa LTTE yang disenaraik­an sebagai antara pertubuhan pengganas oleh Council of the European Union pada 21 Mac lalu.

Khuatir gugat keselamata­n

“Selain itu, gambar Ramasamy bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees yang memberikan penghormat­an kepada gambar Kalashniko­v (rifle AK47) di sebuah majlis tiga tahun lalu turut disebar semula oleh pengguna Facebook dengan mengguna nama Zamri Vinoth.

“Isu ini dikhuatiri akan menggugat kestabilan politik dan keamanan di Malaysia kerana beliau (Ramasamy) yang juga Ahli Jawatankua­sa Eksekutif Pusat (CEC) DAP boleh mempengaru­hi masyarakat berkaitan hal-hal lain.

“Justeru, siasatan menyeluruh perlu dilakukan ke atas beliau dan individu lain dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Sebelum ini, Ramasamy mencetuska­n kontrovers­i apabila mendesak kerajaan untuk menghantar pulang penceramah bebas, Dr Zakir Naik ke India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia