Berita Harian

20 NGO buat laporan polis terhadap Ramasamy

-

Kangar: Sebanyak 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis, semalam, terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy, yang didakwa menyokong kumpulan pemberonta­k Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE) dari Sri Lanka.

Antara NGO yang membuat laporan polis ialah Skuad Mubaligh Malaysia, Persatuan Al Islah Perlis, One Centre Malayia, IKRAM, PKR, UMNO, Jawatankua­sa Masjid Tuanku Syed Putra dan Suara Sunnah.

Jurucakap NGO berkenaan, Zamri Vinoth, berkata pihaknya membuat 15 laporan polis bagi menuntut penjelasan pembabitan Ramasamy dalam kumpulan pemberonta­k LTTE.

“Isu Ramasamy bersama LTTE sudah lama iaitu sejak 2016 lagi dan Ramasamy juga kini sebahagian dari jawatankua­sa kumpulan LTTE.

Tiada tindakan diambil

“Laporan polis sudah dibuat pada 2016, tetapi tiada tindakan yang diambil kerajaan terdahulu. Jadi hari ini (semalam) kami menuntut kerajaan baharu memberi perhatian serius perkara ini.

“Sudah banyak maklumat yang sahih kita terima berhubung perkara ini, malah kita juga sedia maklum gambar beliau melakukan ritual penyembaha­n senapang yang sinonim dengan ritual kumpulan pemberonta­k LTTE,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar di sini.

Zamri berkata, Ramasamy juga pernah menjemput ahli politik India, V Gopalasamy yang terbabit dengan LTTE ke majlis perkahwina­n anaknya di Pulau Pinang tahun lalu.

Katanya, beliau difahamkan ada lagi NGO akan membuat laporan polis ke atas akaun Facebook bernama Suresh Yegambaram dan Naan Kadavul yang didakwa memprovoka­si rakyat berbilang kaum untuk berdemonst­rasi.

“Mereka mendesak kerajaan menghantar pulang pendakwah bebas, Dr Zakir Naik ke negara asal meskipun beliau sudah diberikan status penduduk tetap,” katanya.

 ?? [FOTO DZIYAUL AFNAN ABDUL RAHMAN/BH] ?? Sebahagian wakil 20 pertubuhan bukan kerajaan berkumpul di hadapan Balai Polis Kangar, selepas membuat laporan polis terhadap Ramasamy, semalam.
[FOTO DZIYAUL AFNAN ABDUL RAHMAN/BH] Sebahagian wakil 20 pertubuhan bukan kerajaan berkumpul di hadapan Balai Polis Kangar, selepas membuat laporan polis terhadap Ramasamy, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia