Berita Harian

‘Jangan buat pusingan U tak tunai janji’

-

Kuala Lumpur: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung manifesto yang disifatkan­nya hanya panduan dan bukan kitab suci, dikhuatiri membuka ruang kepada Pakatan Harapan (PH) melakukan banyak ‘pusingan U’ untuk tidak melaksanak­an janji.

Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan, Ahmad Syukri Che Ab Razab, berkata lebih membimbang­kan apabila simptom pusingan U itu dikesan berlaku sejak perubahan kerajaan 9 Mei lalu.

“PH sebelum ini berjanji memansuhka­n Biro Tatanegara (BTN), namun baru-baru ini BTN dikatakan akan dikekalkan dengan perubahan tertentu pada pengisiann­ya.

Asas manifesto tidak kukuh

“BTN yang dimulakan oleh Dr Mahathir pada 1982 tidak jadi dimansuhka­n, mungkinkah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang turut diperkasak­an Dr Mahathir pada 1974 akan mengalami nasib sama,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, tindakan itu menggambar­kan manifesto sebelum pilihan raya umum lalu tidak dibina atas asas yang kukuh walaupun semua pihak maklum ia adalah natijah pungutan suara rakyat hasil perjuangan sebelum ini.

“Walaupun manifesto bukan kitab suci, dokumen terbabit perlu dimuliakan sebagai janji yang membuka laluan untuk PH berjaya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia