Berita Harian

Pembekuan akaun bank Najib, anak ditarik balik

-

Kuala Lumpur: Akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi dibekukan selepas pihak berkuasa mendapati ia tiada kaitan dengan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata penarikan pembekuan akaun itu dibuat sejak kelmarin selepas mendapati ia juga tiada kaitan dengan siasatan terhadap anak syarikat 1MDB iaitu SRC Internatio­nal Sdn Bhd (SRC).

Azam ketika dihubungi se- malam berkata, turut dilepaskan daripada pembekuan adalah akaun bank atas nama Nooryana dan Norashman yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri itu.

SPRM sahkan pembekuan ditarik balik

Sementara itu, sumber SPRM turut mengesahka­n menarik balik pembekuan beberapa akaun milik individu lain.

“Selain akaun Najib serta anaknya, ada beberapa lagi akaun bank yang sebelum ini disiasat SPRM, tidak lagi dibekukan. Tetapi, maklumat mengenai pemiliknya tiada,” katanya, semalam.

Pada 2 Julai lalu, SPRM mengeluark­an satu kenyataan memaklumka­n bahawa sebanyak 408 akaun bank membabitka­n dana RM1.1 bilion dibekukan SPRM.

Pembekuan akaun bank itu turut membabitka­n 81 individu serta 55 syarikat dan dilakukan pada 26 dan 29 Jun lalu.

Semua akaun dibekukan itu dipercayai ada kaitan dengan penyelewen­gan dan salah guna dana 1MDB membabitka­n kirakira 900 transaksi yang dibuat antara Mac 2011 hingga September 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia