Berita Harian

Tekad dapatkan pembelaan untuk mangsa

-

Putrajaya: Malaysia tegas dalam mendapatka­n keadilan untuk mangsa pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014, kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke.

Berikutan semalam adalah ulang tahun keempat kejadian yang mengorbank­an semua 298 penumpang dan anak kapal MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam penerbanga­n dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Loke berkata, tempoh 48 bulan ini pastinya suatu yang amat memeritkan bagi anggota keluarga mangsa.

“Kami tidak pernah goyah walaupun sehari dalam tekad mendapatka­n keadilan untuk mangsa tragedi malang ini kerana itu janji kita kepada keluarga dan waris penumpang serta anak kapal,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Loke berkata, Malaysia menghargai pembentang­an oleh Pasukan Siasatan Bersama (JIT) diketuai Belanda pada 24 Mei lalu berhubung laporan terkini dan perkembang­an siasatan jenayah.

Selaku anggota JIT, beliau berkata Malaysia sekali lagi menzahirka­n penghargaa­nnya atas kerja keras anggota JIT yang berjaya membuahkan maklumat penting berhubung kejadian.

“Malaysia, secara konsisten telah menggesa serta menyokong proses siasatan yang telus, bebas dan lengkap,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia