Berita Harian

Ahli MT boleh dipilih jika calon tempatan ditolak

Individu mesti dikenali, sinonim dengan rakyat setempat

- Oleh Norrasyida­h Arshad

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO boleh dipertimba­ngkan menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis sekiranya parti menolak calon tempatan.

Ketua Wanita UMNO Kota Raja, Suhaila M Zin, berkata ahli MT yang dipilih itu perlu dikenali dan sinonim dengan rakyat kawasan terbabit.

Katanya, faktor pemilihan calon penting kerana mampu mempengaru­hi undian rakyat pada 4 Ogos depan.

“Jika rasa kami (UMNO Kota Raja) tidak mempunyai calon berwibawa, parti harus memilih calon dalam kalangan MT sebagai calon.

“Bagaimanap­un, saya berasa calon tempatan semuanya berkaliber dan mampu membantu rakyat.

“Sebolehnya, kami mahu pemimpin tempatan dipilih sebagai calon kerana sudah kenal dengan rakyat sini,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Kelmarin, Naib Ketua Pemuda UMNO Kota Raja, Rafify Ramlan, menegaskan UMNO seharusnya meneliti pelbagai faktor dalam menentukan calon yang sesuai di kerusi pada PRK Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

Akur keputusan parti

Katanya, khabar angin kononnya calon luar akan diletakkan di DUN berkenaan hanya menyukarka­n jentera UMNO sepanjang tempoh berkempen berbanding calon tempatan yang lebih dikenali oleh akar umbi.

Sementara itu, Suhaila yang dikatakan tersenarai sebagai antara calon UMNO, akur dengan keputusan parti dalam membuat keputusan.

Katanya, UMNO perlu bekerjasam­a dalam PRK yang dianggap sebagai sejarah berikutan peralihan pentadbira­n kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Saya berasa calon tempatan semuanya berkaliber dan mampu membantu rakyat. Sebolehnya, kami mahu pemimpin tempatan dipilih kerana sudah kenal dengan rakyat sini” Suhaila M Zin, Ketua Wanita UMNO Kota Raja

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia