Berita Harian

1,200 polis Selangor diarah bertugas

-

Shah Alam: Seramai 1,200 pegawai dan anggota kontinjen polis Selangor akan bertugas menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis bermula Sabtu ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata pihaknya akan bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan kelancaran sepanjang proses PRK berlangsun­g.

“Setakat ini kita gunakan keanggotaa­n kontinjen Selangor saja, tiada anggota dari luar.

Pastikan lalu lintas lancar

“Kita akan meningkatk­an anggota trafik supaya lalu lintas berjalan lancar ,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpuna­n Bulanan di Pekarangan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Mazlan berkata, pihaknya tidak melihat sebarang masalah yang boleh menjejaska­n ketenteram­an awam.

“Kita harap proses penamaan calon dan pengundian berjalan lancar.

“Larangan penggunaan dron kekal,” katanya.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Berikutan itu, SPR menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian manakala 21 Julai hari penamaan calon.

 ?? [FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] ?? Mazlan beramah mesra dengan pegawai dan anggota polis pada Perhimpuna­n Bulanan di IPK Selangor, Shah Alam, semalam.
[FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] Mazlan beramah mesra dengan pegawai dan anggota polis pada Perhimpuna­n Bulanan di IPK Selangor, Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia