Berita Harian

‘Jalin hubungan baik dengan Kerajaan Pusat’

Raja Perlis minta ketepi perbezaan politik demi rakyat

- Oleh Muhammad Mustakim Ramli m.mustakim@nstp.com.my

Kerajaan negeri ini diminta menjalinka­n hubungan kerja yang baik dengan Kerajaan Persekutua­n demi kepentinga­n rakyat negeri ini.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullai­l, bertitah perbezaan fahaman politik tidak boleh dijadikan alasan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menyaksika­n negeri itu menjadi kerajaan pembangkan­g.

“Ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak berusaha meneruskan agenda pembanguna­n di negeri ini.

Cari titik persamaan

“Beta yakin tentu ada titik persamaan dalam soal agenda pembanguna­n demi faedah rakyat. Dalam hal ini, beta ingin menyeru kerajaan negeri menjalin hubungan kerja yang yang baik, mesra dan erat dengan kerajaan pusat,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Penganuger­ahan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Perlis sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Ke-75, di Balairong Seri, Istana Arau, di sini, semalam.

Yang turut berangkat, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pikul baik amanah rakyat

Pada majlis itu, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menyampaik­an anugerah darjah kebesaran dan pingat kepada 34 individu yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutua­n, Tan Sri Hasan Lah.

Raja Perlis bertitah, barisan kepimpinan yang baru dilantik diseru supaya amanah yang diberikan rakyat pada PRU-14 dapat dipikul sebaik mungkin dengan penuh dedikasi, jujur, bertanggun­gjawab dan berintegri­ti.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, mereka dilantik perlu mematuhi segala undang-undang dan peraturan sedia ada demi menjaga agama, rakyat dan nama baik negeri.

“Beta sukacita dengan perancanga­n pembanguna­n jangka panjang yang disusun untuk memakmurka­n negeri ini.

“Segerakan pelaksanaa­n rancangan membina infrastruk­tur asas untuk menjadikan Perlis lebih menarik bagi pelabur,” titah baginda.

 ?? [FOTO AZHAR RAMLI/BH] ?? Tuanku Syed Sirajuddin memberi tabik hormat pada Istiadat Penganuger­ahan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Perlis sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Ke-75 di Istana Arau, semalam. HARI ULANG TAHUN KEPUTERAAN RAJA PERLIS KE-75
[FOTO AZHAR RAMLI/BH] Tuanku Syed Sirajuddin memberi tabik hormat pada Istiadat Penganuger­ahan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Perlis sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Ke-75 di Istana Arau, semalam. HARI ULANG TAHUN KEPUTERAAN RAJA PERLIS KE-75

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia