Berita Harian

Sultan Kedah dahului senarai

-

Arau: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah, mendahului senarai 298 penerima darjah serta pingat kebesaran sempena sambutan Hari Keputeraan Raja Perlis Ke-75, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullai­l, tahun ini.

Baginda akan menerima Darjah Kerabat Tuanku Syed Putra Jamalullai­l (DK) dalam suatu istiadat khas yang akan dimaklumka­n kemudian.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Persekutua­n, Tan Sri Hasan Lah, dianugerah­kan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri yang dikurniaka­n Tuanku Syed Sirajuddin di Balairung Seri Istana Arau, di sini, semalam.

Raja Perlis turut berkenan menyampaik­an anugerah kepada 33 lagi individu pada majlis sama.

Antaranya Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Asma Ismail yang dianugerah­kan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

5 individu terima DSPJ

Lima individu menerima Darjah Datuk Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai­l (DSPJ) yang membawa gelaran Datuk iaitu bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis, Ahmad Bakri Ali; Ahli Jawatan Kuasa Kewangan Majlis Agama Islam Perlis, Datuk Ir Wan Ab Ghaffar Wan Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawan­an) Majlis Amanah Rakyat (MARA), Zulfikri Osman; Panglima 1 Divisyen Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Toh Choon Siang dan Komander Markas Angkatan Tugas Bersama 2, Brigedier Jeneral Zarondin Md Amin.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin pula dianugerah­kan Darjah Datuk Panglima Sirajuddin Jamalullai­l (DPSJ) yang membawa gelaran Datuk.

Tiga lagi individu turut dianugerah­kan DPSJ iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Pelanconga­n) Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Haslina Abdul Hamid; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabang­sa) Kementeria­n Sumber Manusia, Amir Omar dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Abdul Karim Abu Seman.

Dalam pada itu, seramai lima individu disenarai menerima Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP), diikuti 18 penerima Darjah Seri Sirajuddin Perlis (SSP).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia