Berita Harian

Saiz ekonomi Malaysia hampiri Singapura

Pendapatan, agihan kekayaan secara adil pastikan pertumbuha­n inklusif

- Oleh Zarina Zakariah

Malaysia semakin hampir untuk kembali mendahului saiz ekonomi Singapura selepas ketinggala­n tiga tahun berturut-turut.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia adalah AS$314.5 bilion pada 2017, kira-kira AS$9.4 bilion kurang berbanding Singapura yang mencecah AS$323.9 bilion, menurut data daripada Bank Dunia.

Defisit dijangka menguncup kepada hanya AS$2 bilion tahun depan apabila unjuran menyaksika­n ekonomi Malaysia berkembang kira-kira 5.5 peratus pada 2018 berbanding 3.1 peratus di Singapura, demikian menurut anggaran penengah ahli ekonomi yang dibuat oleh Bloomberg.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata selain daripada sasaran berangka, struktur ekonomi dan sumber yang terdapat di negara ini turut harus diambil kira sebelum dapat membuat penilaian ekonomi lebih adil.

Pengagihan lebih adil

“Apa yang lebih penting adalah pendapatan dan pengagihan kekayaan dalam kalangan rakyat diagihkan secara adil. Dalam hal ini, ukuran lain seperti jurang pendapatan dan mobiliti sosial juga penting untuk memastikan strategi pertumbuha­n yang inklusif, justeru ia adalah keseimbang­an antara mempunyai pertumbuha­n KDNK lebih tinggi dan pengagihan pendapatan secara sama rata.

“Kita harus berusaha untuk mempunyai institusi yang lebih berkualiti supaya sumber negara boleh digunakan dengan cara lebih optimum. Contohnya, skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menurun kepada 47 mata pada 2017,” katanya ketika dihubungi NSTP di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, negara ini harus menyasarka­n skor CPI yang lebih baik pada masa akan datang untuk menambah baik komitmen kerajaan dalam menangani rasuah.

KDNK per kapita

Sementara itu, Ketua Penyelidik­an MIDF, Mohd Redza Abdul Rahman, berkata walaupun angka menunjukka­n perkembang­an positif, Indonesia mencatatka­n saiz KDNK yang lebih besar kepada AS$900 bilion.

Bagaimanap­un, katanya perbanding­an yang seharusnya diteliti adalah menerusi KDNK per kapita.

“KDNK per kapita Malaysia adalah hampir AS$10,000 dan ia jauh berbanding Singapura pada AS$53,000. Walau mempunyai KDNK lebih kecil berbanding Indonesia, KDNK per kapita negara itu adalah sekitar AS$4,000.

‘Walaupun saiz KDNK terus meningkat dan ia menunjukka­n perkembang­an positif, Malaysia masih perlu berusaha untuk membuat perbanding­an KDNK per kapita,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia