Berita Harian

KWAP rancang tingkat pelaburan pasaran ekuiti

Pengurus dana pencen yakin ESG mampu jana pulangan kukuh

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) atau KWAP bercadang untuk meningkatk­an pelaburann­ya dalam ekuiti di sebalik ketidakten­tuan pasaran global.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Wan Kamaruzama­n Wan Ahmad, berkata meskipun pasaran berada dalam keadaan tidak menentu, pihaknya melihat terdapat kaunter yang mampu menawarkan pertumbuha­n positif.

“Sebagai pengurus dana, kami dipandu oleh strategi peruntukan aset. Kami mempunyai banyak tunai sebelum pilihan raya umum (Pilihan Raya Umum ke-14) dan sekarang, kami menggunaka­n tunai untuk mengambil kesempatan daripada kemerosota­n dalam pasaran ekuiti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena

di Kuala Lumpur,

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Pelaburan KWAP, Nik Amlizan Mohamed dan Pengarah Jabatan Strategi dan Prestasi Korporat KWAP, Ismail Zakaria.

Portfolio pelaburan KWAP dalam pendapatan tetap dan tunai mewakili 50 peratus daripada peruntukan asetnya, sementara ekuiti sekitar 42.5 peratus.

Tingkat pelaburan ESG

Sementara itu, portfolio pelaburan KWAP dalam pelaburan berlandask­an amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kini berjumlah RM3.8 bilion.

Wan Kamaruzama­n berkata KWAP akan terus meningkatk­an portfolio pelaburann­ya dalam ESG memandangk­an ia mampu menjana pulangan yang kukuh pada masa depan.

Beliau berkata, setakat ini, pelaburan dalam ESG mencatatka­n pulangan yang baik dan positif meskipun berdepan persekitar­an pasaran yang tidak menentu.

“Kami memulakan pelaburan dalam ESG pada Disember 2014 dengan dana permulaan RM1 bilion. Setakat ini, enam pengurus dana diberi mandat untuk menguruska­n portfolio ESG kami,” katanya.

Beliau berkata, daripada enam pengurus dana yang menguruska­n portfolio pelaburan ESG KWAP, dua adalah pengurus dana tempatan dan empat pengurus dana antarabang­sa.

Katanya, pengurus dana pencen itu komited untuk meningkatk­an pelaburann­ya dalam ESG sejajar dengan sasaran untuk menjadikan portfolio pelaburan berkenaan mewakili 70 peratus daripada saiz keseluruha­n dananya.

Setakat 31 Disember 2017, jumlah saiz dana KWAP meningkat kepada RM140.80 bilion berbanding RM125 bilion yang dicatatkan pada 2016.

Dalam tempoh itu, jumlah pulangan pelaburan (ROI) kasar meningkat kepada 5.77 peratus, meningkat 0.42 peratus berbanding 5.35 peratus tahun sebelumnya.

 ?? [ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH ] ?? Wan Kamaruzama­n Wan Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP
[ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH ] Wan Kamaruzama­n Wan Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia