Berita Harian

Harga kereta PROTON dijangka meningkat

Jumlah kenaikan berpanduka­n pelaksanaa­n SST 10 peratus

- Oleh Azzman Abdul Jamal

PROTON Holdings Bhd (PROTON) menjangkak­an harga kenderaan jenama tempatan itu akan meningkat selepas pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, bagaimanap­un tidak mendedahka­n jumlah peningkata­n harga dan menjelaska­n bahawa pihaknya hanya akan berpanduka­n kepada dasar nasional itu.

“Secara umumnya, harga (kenderaan PROTON) akan meningkat kerana baru-baru ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyatakan bahawa SST adalah pada kadar 10 peratus bagi jualan.

“Ini adalah dasar nasional, kami hanya mengikutny­a. Namun, bagi strategi (PROTON), kami sedang berusaha menambah baik jualan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Pelepasan 1 Tank Adventure, di Subang Jaya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman SST yang akan diperkenal­kan semula pada 1 September depan yang ditetapkan pada kadar 10 peratus bagi jualan dan enam peratus untuk perkhidmat­an.

Tingkat jualan peringkat domestik

Rang Undang-undang (RUU) SST dijangka dibentangk­an di Parlimen Ogos ini bagi menggantik­an Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST).

Sementara itu, ditanya sekiranya PROTON bercadang untuk mengekspor­t kenderaann­ya di luar negara, Li berkata, keutamaan pada masa kini adalah meningkatk­an jualan pada peringkat domestik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia