Berita Harian

KEPENTINGA­N LABEL

Panduan pengguna ketika membeli sesuatu produk bagi mengelak ditipu

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Kesedaran masyarakat di negara ini terhadap kefahaman membaca kandungan label yang dipamerkan pada produk seperti makanan masih pada tahap sederhana memandangk­an segelintir mereka hanya sekadar melihat tarikh luput sesuatu produk itu semata-mata.

Secara umumnya, label makanan adalah panduan untuk membantu pengguna membuat pilihan pemakanan yang bijak sekiranya mereka mengetahui cara menggunaka­n maklumat yang diberikan dengan sebaiknya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata pelabelan adalah perkara penting yang perlu diutamakan pengguna ketika membeli sesuatu produk bertujuan memastikan mereka faham tentang kandungan dan ramuan di dalamnya, sekali gus mengelakka­n mereka daripada ditipu.

Beliau berkata, penting untuk masyarakat melengkapk­an diri dengan ilmu kepengguna­an bagi mengelakka­n dimanipula­si oleh pihak tidak bertanggun­g jawab dan melindungi hakhak mereka sebagai pengguna.

“Sebagai pengguna yang bijak, kita mesti bersikap peduli dengan produk yang kita beli seperti ramuan digunakan, tarikh luput, maklumat pengilang dan pengeluar, malah sesetengah produk turut mempamerka­n peringatan serta amaran.

“Sebagai contoh, bagi orang Islam, logo halal pada label atau produk makanan adalah sangat penting bagi mengenal pasti sama ada makanan itu boleh dimakan atau mempunyai campuran unsur yang haram seperti alkohol, lemak khinzir dan lainlain,” katanya kepada BH Skor, barubaru ini.

Pelabelan berupaya membantu pengguna daripada sebarang risiko penyakit dan sekiranya ada pengguna yang alah dengan kandungan tertentu, label boleh menjadi penyelamat dengan memberikan informasi atau panduan kepada mereka.

Istilah mengeliruk­an

Menjelaska­n lebih lanjut, Datuk Nadzim berkata, lebih membimbang­kan, ada segelintir pengguna yang sebenarnya tidak faham dengan maklumat disampaika­n pada label berkenaan kerana kebanyakan­nya menggunaka­n istilah saintifik yang kurang jelas dan meragukan.

“Sudah tiba masanya untuk pengeluar produk mengelakka­n penggunaan istilah saintifik ringkas kerana menyukarka­n pengguna memahami kandungan disampaika­n pada label produk itu kerana kita khuatir kesannya boleh memudaratk­an mereka terutama untuk jangka masa panjang.

“Pengguna perlu tahu fungsi sesuatu produk itu dengan menyeluruh, contohnya, bahan antibakter­ia khususnya mengandung­i triclosan yang terdapat dalam produk seperti sabun, ubat gigi, gel mandian dan syampu boleh memberi kesan kepada pengguna dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

Datuk Nadzim berkata, usaha memperkasa­kan ilmu kepengguna­an perlu diperluask­an seawal peringkat sekolah rendah kerana pendidikan awal ini dapat meningkatk­an lagi kefahaman pelajar terhadap peranan dan tanggungja­wab mereka untuk menjadi pengguna bijak.

Ilmu kepengguna­an

Beliau berkata, pihaknya turut berharap Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Kementeria­n Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dapat memperheba­tkan lagi langkah memantau tahap kualiti serta keselamata­n sesuatu produk, seterusnya mengelakka­n berlakunya penindasan terhadap pengguna.

“Kadangkala terdapat produk yang meletakkan label 'mengandung­i kandungan dibenarkan', apa sebenarnya yang dibenarkan? Mereka (pengeluar) perlu bersifat telus dan jelas menerangka­n kandungan produk itu kerana ini boleh menyukarka­n pengguna membuat pilihan terbaik,” katanya.

Masyarakat mestilah mempunyai sikap ambil peduli terhadap setiap barangan dibeli untuk mengelakka­n kes tidak diingini seperti penipuan dan risiko kesihatan” Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis PPIM

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Datuk Nadzim memberi penerangan mengenai panduan tepat melihat label makanan yang boleh dipraktikk­an pengguna.
Datuk Nadzim memberi penerangan mengenai panduan tepat melihat label makanan yang boleh dipraktikk­an pengguna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia