Berita Harian

Ilmu kepengguna­an bantu tingkat taraf kehidupan

-

Kuala Lumpur: Seiring pembanguna­n pesat fizikal negara, penguasaan ilmu kepengguna­an perlu terus diperkasak­an kepada masyarakat terutama pelajar bagi melindungi kepentinga­n serta hak mereka sebagai pengguna, sekali gus memastikan taraf kehidupan pada tahap terbaik.

Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi, Selangor, Puan Zaiton Hamid, berkata secara asasnya, pelajar mestilah memiliki kesedaran jelas pada barangan yang dibeli, di samping dapat membuat tindakan bijak sekiranya terdapat penyelewen­gan seperti membabitka­n aspek kualiti, harga dan kesan sampingan sesuatu barangan itu.

Beliau berkata, pelajar juga perlu didedahkan dengan etika amalan perniagaan yang baik agar menjadikan mereka pengguna bijak, berhemah dan mampu membuat penilaian tepat.

“Contohnya, menerusi subjek Perdaganga­n yang diajar sebelum ini, pelajar didedahkan dengan hak dan tanggungja­wab mereka sebagai pengguna dan rangkaian agensi yang boleh dirujuk sekiranya terbabit dalam sebarang bentuk penipuan.

Praktikkan ilmu

“Seiring PAK21 (Pembelajar­an Abad Ke21) yang ditekankan kini, saya turut menggunaka­n kaedah seperti pembentang­an berkumpula­n dan menjalanka­n simulasi perniagaan sebenar kerana yakin dapat membantu pelajar menghadapi cabaran dunia perniagaan pada masa hadapan,” katanya kepada BH Skor, barubaru ini.

Puan Zaiton berkata, pendedahan bidang kepengguna­an turut dipraktikk­an kepada pelajar secara meluas khususnya menerusi aktiviti kelab pengguna, keusahawan­an dan koperasi yang dilaksanak­an di sekolah.

Katanya, pendidikan kepengguna­an amat penting bagi membentuk masyarakat yang dinamik dan harmoni.

“Lebih penting, pelajar mestilah ada inisiatif menambahka­n pengetahua­n dengan kerap membaca berita terkini di televisyen, akhbar dan media sosial, pada masa sama mengelakka­n mereka daripada ditipu oleh peniaga yang suka mengambil kesempatan.

“Saya berharap pelajar dapat mempraktik­kan ilmu ini dalam kehidupan seharian mereka dan menjadikan mereka pengguna berilmu serta bertanggun­gjawab dalam urusan jual beli, selain mendapatka­n maklumat tepat mengenai sesuatu barangan mengikut kontrak jual beli yang sah,” katanya.

 ??  ?? Puan Zaiton Hamid
Puan Zaiton Hamid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia