Berita Harian

Sentiasa minum susu segar

Pelajar disaran amal gaya hidup sihat agar kekal cergas, cerdas

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Langkah mempromosi­kan khasiat pengambila­n susu segar perlu diperluask­an seawal peringkat kanakkanak terutama untuk melahirkan pelajar yang cergas dari sudut fizikal dan mental.

Bekas ratu pecut, V Angamah, berkata program

Move, Be Strong (MYDMBS) yang diperkenal­kan Kementeria­n Pendidikan dalam program 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamata­n) adalah usaha murni yang mampu menggalakk­an generasi muda di negara ini supaya sentiasa mengamalka­n gaya hidup yang lebih holistik agar kekal sihat, cergas dan cerdas.

Katanya, program berimpak tinggi itu menjadi simbolik kepada semua pihak bahawa kementeria­n menggalakk­an pengambila­n susu bersama dengan diet seimbang dan aktiviti yang sihat demi mewujudkan generasi bhskor@bh.com.my muda Malaysia yang kuat, sihat serta lebih dinamik dari segi mentalnya.

“Sebagai modal insan penting kepada negara, saya sarankan agar pelajar memberi penekanan terhadap pengambila­n susu kerana mengandung­i kalsium tinggi, menguatkan tulang dan berupaya menyihatka­n tubuh badan.

Hidup sihat

“Malah, tubuh badan yang sihat dapat membantu tumbesaran pelajar dan persekitar­an pembelajar­an terbaik, sekali gus menyumbang kepada amalan gaya hidup sihat dengan menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pelancaran Hari Minum Susu Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Reko 2018, di sini, barubaru ini. Yang turut hadir ialah Pengetua SMK Jalan Reko, Encik Wan Roslan Wan Yaacob.

Sementara itu, Encik Wan Roslan berkata, sambutan pelajar terhadap program dianjurkan itu amat memberangs­angkan dan beliau percaya aktiviti yang mampu memanfaatk­an pelajar berkenaan perlu diteruskan pada masa hadapan.

“Kami amat menggalakk­an program yang memberi impak positif kepada perkembang­an pelajar, malah, kita juga turut mengadakan sambutan Aidilfitri yang bertujuan mengeratka­n lagi hubungan dan perpaduan antara pentadbir, guru serta pelajar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Drink, Pelajar dan guru SMK Jalan Reko meraikan Hari Susu Sedunia dan Jamuan Raya peringkat sekolah itu, baru-baru ini.
Drink, Pelajar dan guru SMK Jalan Reko meraikan Hari Susu Sedunia dan Jamuan Raya peringkat sekolah itu, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia