Berita Harian

MPC wujud panduan sektor awam

-

Sejajar dengan inisiatif peningkata­n produktivi­ti negara, perundinga­n awam menjadi teras dalam pembanguna­n dan pelaksanaa­n peraturan yang baik.

Ketua Pengarah Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC), Datuk Mohd Razali Hussain, berkata bagi memastikan ekonomi Malaysia lebih berdaya saing, perundinga­n awam perlu bagi membolehka­n pihak berkuasa membabitka­n pihak berkepenti­ngan dan orang awam dalam keputusan dasar.

Beliau berkata, ia sekali gus mencermink­an komitmen kerajaan terhadap ketelusan dan kebertangg­ungjawaban.

“Cabaran yang dihadapi kini dalam mentadbir dan mengawal selia semakin sukar, terutama dalam ekonomi digital dan revolusi Industri 4.0.

“Lantaran itu MPC membangunk­an garis panduan mengenai prosedur perundinga­n awam sebagai rujukan kepada kementeria­n dan agensi dalam melaksanak­an perundinga­n awam.

Galakkan pembabitan dalam ekonomi

“Garis panduan itu mentakrifk­an peranan pihak berkepenti­ngan yang terbabit dalam proses perundinga­n dan juga memberi orang ramai pemahaman yang lebih baik jika proses itu terbabit dalam membangunk­an peraturan-peraturan yang akan memberi kesan kepada mereka,” katanya selepas Bengkel APEC Mengenai Semakan Semula Perundinga­n Awam di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perdaganga­n) Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Norazman Ayob.

Razali berkata, negara perdaganga­n dan ekonomi maju melalui organisasi seperti Bank Dunia dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menggalakk­an pembabitan semua dalam ekonomi sesebuah negara.

Katanya, ia bagi memastikan keputusan dasar dan undangunda­ng bukan sahaja menangani keperluan penduduk umum, tetapi untuk memastikan kos menjalanka­n perniagaan tetap berdaya saing.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Norazman (tengah) dan Mohd Razali bersama peserta Bengkel APEC Mengenai Semakan Semula Perundinga­n Awam di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO BERNAMA] Norazman (tengah) dan Mohd Razali bersama peserta Bengkel APEC Mengenai Semakan Semula Perundinga­n Awam di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia