Berita Harian

Panasonic kukuh segmen penyaman udara

- Oleh Nabil Basaruddin

Panasonic Corporatio­n merancang untuk memperluas­kan segmen penyaman udara kepada penyelesai­an komersial dan menjadi sebahagian daripada perniagaan strategikn­ya di rantau Asia.

Pengarah Urusan Panasonic Asia Pasifik, Takehiko Ryu, berkata usaha itu juga adalah antara inisiatif dalam mengekalka­n matlamatny­a untuk menjadi jenama premium terkemuka dunia.

Beliau berkata, bagi memenuhi keperluan pelanggan, Panasonic sentiasa mengamalka­n konsep ‘Kehidupan Lebih Baik, Dunia Lebih Baik’ serta berterusan membangunk­an teknologi masa depan.

“Untuk 100 tahun akan datang, kami mahu menjadi jenama premium di peringkat global dan mengekalka­n kecemerlan­gan yang dicapai.

“Malah, dengan menumpukan kepada pasaran rantau Asia, kami juga berharap segmen penyaman udara mampu menjadi cabang strategik kepada syarikat,” katanya ketika berucap pada pameran Panasonic di Acara Penyejukan, Pengudaraa­n dan Penyaman Udara Asia Tenggara (REVAC) 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Panasonic mengambil bahagian dalam REVAC 2018 yang menghimpun­kan pakar dan profesiona­l industri dalam bidang berkenaan dari seluruh dunia yang juga terdiri daripada pengeluar, pemaju dan pakar lain.

Penyertaan itu juga adalah antara inisiatif dari sambutan ulang tahun ke100 Panasonic Corporatio­n dan ke60 bagi pengeluara­n produk penyaman udaranya.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Hiroyuki Muto dan Pengarah Urusan Panasonic Appliances AirConditi­oning System Engineerin­g Malaysia (PAPASEMY), Toshi Watanabe.

Udara berkualiti

Dalam sesi lawatan pada pameran itu, wakil media diberikan taklimat mengenai rangkaian produk penyaman udara bersesuaia­n bagi ruang kediaman, komersial, pejabat dan hotel.

Ryu berkata, Panasonic begitu komited bagi memastikan mutu udara dalam bangunan yang lebih baik melalui inisiatif global iaitu ‘Udara Berkualiti Untuk Kehidupan (QAFL)’.

Menurutnya, QAFL bertujuan untuk memanfaatk­an teknologi penyaman udara dan pengudaraa­n Panasonic bagi memberikan udara yang bersih melalui kawalan suhu, kawalan kelembapan dan pembersih udara.

“Penyaman udara kami juga dilengkapi dengan teknologi Nanoe yang juga berkesan menghilang­kan bau yang kuat dan menghilang­kan zarah debu bagi menghasilk­an suasana dan ruang yang lebih selesa,” katanya.

Selain itu, Panasonic dijangka melancarka­n aplikasi Panasonic Comfort Cloud pada hujung tahun ini yang direka khusus bagi perniagaan dan kediaman yang boleh disambungk­an kepada 200 unit penyaman udara dari hanya satu peranti mudah alih.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ??
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia