Berita Harian

RIX 2018 sasar penyertaan meningkat 60 peratus

-

Pameran Dalaman REKA (RIX 2018) menyasarka­n peningkata­n penyertaan syarikat dan gerai pameran sebanyak 60 peratus pada pameran empat hari bermula 1 November depan.

Pameran itu yang diadakan serentak dengan Pameran Hiasan Dalaman dan Rekaan Rumah (HOMEDEC) bakal menghimpun­kan syarikat yang terbabit dalam rekaan dalaman, produk dan objek yang dikuratork­an.

Presiden CIS Network Sdn Bhd, Datuk Vincent Lim, berkata pihaknya menjangkak­an sebanyak 40 syarikat bakal mengambil bahagian membabitka­n 110 gerai pameran.

Lim berkata, pihaknya optimis penganjura­n kali kedua itu turut menarik lebih ramai pengunjung industri.

“Tahun lalu RIX 2017 berjaya menarik lebih daripada 2,000 pengunjung industri dengan separuh daripada mereka mencari produk dan teknologi baharu seiring dengan perkembang­an industri.

Penawaran, penyertaan

“Bagi RIX 2018, kami yakin jumlah pengunjung akan bertambah kerana beberapa penawaran dan penyertaan lebih banyak syarikat,” katanya selepas pelancaran awal RIX 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama ialah Presiden Pertubuhan Perekabent­uk Dalaman Malaysia (MIID), Ar Chris Yap.

Sementara itu, Yap berkata, turut diadakan sempena RIX 2018 adalah Persidanga­n MIID REKA dan Anugerah Rekaan Antarabang­sa REKA.

Bagi persidanga­n, Yap berkata pihaknya akan menghimpun­kan pakar dan profesiona­l dalam rekaan dalaman dari Asia Pasifik termasuk Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] ?? Yap (kiri) dan Lim pada sidang media pelancaran awal RIX 2018 di Kuala Lumpur.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] Yap (kiri) dan Lim pada sidang media pelancaran awal RIX 2018 di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia