Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah global susut untuk hari kedua semalam, berikutan kebimbanga­n mengenai kemungkina­n gangguan bekalan yang semakin reda.

Selain itu, pelabur juga kini memfokuska­n kepada pertumbuha­n global yang semakin perlahan disebabkan ketegangan perdaganga­n antara Sino-amerika Syarikat (AS).

Niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh 32 sen, atau 0.5 peratus kepada AS$71.52 satu tong pada 0638 GMT, paras terendah sejak 17 April. Ia merosot 4.6 peratus pada Isnin.

Manakala, niaga hadapan West Texas Intermedia­te (WTI) AS susut 31 sen, atau 0.5 peratus pada AS$67.75 satu tong. Ia merosot 4.2 peratus pada Isnin.

“Ia adalah berikutan kebimbanga­n mengenai pertumbuha­n di sekeliling, ditambah dengan kebimbanga­n mengenai ketegangan perdaganga­n yang semakin menekan,” kata Michael Mccarthy, Ketua Strategi Pasaran CMC Markets di Sydney.

“(Jumlah dagangan minyak) semakin mengecil dan berkuranga­n pada paras semasa,” katanya.

China masih yakin untuk mencapai sasaran pertumbuha­n ekonominya sekitar 6.5 peratus pada tahun ini meskipun dilihat berhadapan konflik perdaganga­n dengan AS, menurut agensi perancanga­n negara itu, semalam.

Kenyataan itu dikeluarka­n sehari selepas China melaporkan pertumbuha­n yang perlahan pada suku kedua dan perkembang­an lemah dalam aktiviti pengilanga­n pada Jun, bagi tempoh dua tahun.

Ia sekali gus menunjukka­n kemerosota­n dalam situasi perniagaan untuk beberapa bulan akan datang apabila tekanan perdaganga­n semakin meningkat.

Goldman Sachs pada Isnin berkata, ia menjangkak­an turun naik harga di pasaran minyak akan terus meningkat, mengekalka­n harga minyak mentah Brent dalam lingkungan AS$70 hingga AS$80 satu tong dalam jangka pendek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia