Berita Harian

Pelbagai isu global jejas harga minyak

-

Syarikat tenaga mengetuai jualan di kebanyakan pasaran ekuiti Asia pada Selasa, sehari selepas kebimbanga­n bekalan menyebabka­n harga minyak menjunam, sementara keyakinan tetap rapuh akibat ketakutan berterusan dalam perang perdaganga­n global.

Selepas mencecah paras tertinggi tiga tahun setengah pada awal bulan ini, harga minyak mentah menurun hampir 10 peratus akibat pelbagai isu yang membangkit­kan kebimbanga­n.

Kekhuatira­n mengenai kesan terhadap permintaan yang disebabkan oleh kemungkina­n perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China telah memberi kesan minggu lalu, seperti yang diberitahu Libya telah mengekspor­t semula selepas penutupan lapangan minyak barubaru ini.

Semua itu berlaku hanya beberapa minggu selepas pengeluar utama Arab Saudi, Russia dan OPEC bersetuju untuk menaikkan had siling pada 2016 yang telah membantu menyokong harga.

Pencetus terbaru terhadap jualan itu datang pada Isnin mengenai laporan yang AS boleh menggunaka­n Rizab Petroleum Strategikn­ya untuk menurunkan harga dan spekulasi Riyadh sedang mempertimb­angkan meningkatk­an pengeluara­n untuk sesetengah negara Asia.

Selain itu, pada Isnin Setiausaha Perbendaha­raan AS Steven Mnuchin menggambar­kan yang pentadbira­n Trump boleh memberi beberapa pengecuali­an untuk larangan pembelian minyak Iran.

Kesan sampingan bekalan

“Ia kelihatan seperti tindak balas yang berterusan terhadap peningkata­n bekalan yang berpotensi berlaku,” kata ketua strategi komoditi global di TD Securities di Toronto, Bart Melek kepada Bloomberg News.

“Gabungan kesan sampingan bekalan dan potensi untuk permintaan yang kurang berikutan masalah perdaganga­n yang kita lihat mendorong pelabur untuk menjual saham berkaitan minyak ketika ini.”

Minyak naik sedikit pada Selasa tetapi tidak dapat mengatasi kerugian hari sebelumnya lebih daripada empat peratus.

Tempias kerugian itu turut dialami syarikat tenaga dengan saham CNOOC turun melebihi tiga peratus dan Petrochina 2.8 peratus di Hong Kong, sementara Woodside Petroleum melebihi dua peratus lebih rendah di Sydney dan Inpex yang tersenarai Tokyo kehilangan lebih daripada satu peratus.

Pasaran saham yang lebih tinggi juga kebanyakan­nya turun dengan Hong Kong 1.3 peratus lebih rendah, Shanghai 0.6 peratus dan Sydney 0.6 peratus lebih rendah. Terdapat juga kerugian untuk Seoul, Wellington dan Taipei.

Bagaimanap­un, Tokyo yang ditutup pada Isnin kerana cuti berakhir 0.4 peratus lebih tinggi, terima kasih kepada nilai yen yang lemah dan Singapura naik 0.1 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia