Berita Harian

Maklumat siasatan minggu depan

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Wilayah akan memanggil Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu hadapan bagi mendapatka­n maklumat perkembang­an siasatan penjualan 64 lot tanah kerajaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri Wilayah, Khalid Samad, berkata semua fail berkaitan siasatan yang diperlukan SPRM sudah diserahkan sejak tiga minggu lalu dan kementeria­n akan terus memberikan kerjasama diperlukan.

“Mungkin minggu depan selepas selesai proses Parlimen (sidang Dewan Rakyat) saya akan hubungi mereka untuk mendapatka­n perkembang­an siasatan.

“Maklumat bank pun diserah kepada SPRM untuk lihat ada tak terima jumlah wang luar biasa dan sebagainya. Mereka akan lihat transaksi individu akaun bank pegawai DBKL tertentu yang disyaki terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Bunker Hotel dan Restoran, Jalan Pahang, di sini, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia