Berita Harian

Pengarah JPDS direman empat hari

-

Kota Kinabalu: Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) antara empat individu yang ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan salah laku berhubung penyelengg­araan kapal.

Pengarah terbabit bersama tiga pengarah syarikat kontraktor berusia antara 40 hingga 50-an itu ditahan di pejabat SPRM dan kediaman mereka di sekitar Kota Kinabalu, kelmarin.

Menurut sumber, penahanan empat individu itu bagi membantu siasatan sekiranya wujud unsur rasuah atau sebaliknya berhubung penyelengg­araan kapal yang berlabuh di Sabah sepanjang 2016 hingga tahun ini.

Geledah cari dokumen

Sehubungan itu, penggeleda­han bagi mencari dokumen berkaitan turut dilakukan di kediaman individu terbabit, namun difahamkan nilai wang terbabit berkaitan kes itu masih dalam siasatan SPRM.

Semua mereka kini direman antara dua hingga empat hari bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarka­n Majistret Cindy Mc Juce Balitus di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, semalam.

Prosiding bagi mendapatka­n perintah tahanan reman itu dikendalik­an Pegawai Pendakwa SPRM, Faliq Basiruddin.

Perintah tahanan reman

Pengarah JPDS dan dua pengarah syarikat kontraktor yang tidak diwakili peguam direman empat hari bermula hari ini, manakala seorang lagi individu, iaitu pengarah syarikat kontraktor yang diwakili peguam, Edward Paul, direman dua hari.

Semua individu terbabit direman mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana memberi sogokan kepada penjawat awam yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.

 ?? [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] ?? Pengarah JPDS antara empat ditahan SPRM dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] Pengarah JPDS antara empat ditahan SPRM dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia