Berita Harian

Pembantu makmal didakwa bunuh rakan sekerja

-

Banting: Seorang pembantu makmal Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan membunuh rakan sekerjanya di kolej berkenaan minggu lalu.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Abdul ‘Azhim Mohamad, 28, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Md Nor.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabka­n kematian Zaimah Mahmod, 57, di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, antara jam 1.30 tengah hari hingga 3 petang, pada 11 Julai lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Basri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

17 Ogos tarikh sebutan semula kes

Majistret menetapkan 17 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan laporan kimia serta dokumen perubatan.

Media sebelum ini melaporkan mayat Zaimah ditemui di dalam stor di pejabatnya dengan kesan tikaman di leher dan badan selain turut dicekik.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superinten­dan Azizan Tukiman, dilaporkan berkata polis menemui mayat itu selepas menerima panggilan daripada suspek yang memaklumka­n dia baru membunuh seorang wanita kerana sakit hati dengan sikap mangsa yang kerap menyindirn­ya mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia