Berita Harian

Lagu cetusan jiwa Tulus

Pandangan insan terdekat jadi penentu ketika berkarya

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan muhamadfai­roz@bh.com.my

Karya yang lahir dari hati paling dalam menggambar­kan kejituan jiwanya terhadap muzik yang diperjuang­kan. Interpreta­si terhadap garis kehidupan dilontarka­n penuh bermakna menerusi setiap karya yang dihasilkan.

Melihat kepada judul album dan lagu yang menjadi asas karya penyanyi kelahiran Bandung, Indonesia, gaya penulisan Tulus sarat simbolik. Setiap album dihasilkan bermula Tulus pada 2011, disusuli Gajah (2014) dan

Monokrom (2016) memperliha­tkan kesinambun­gan muzik yang diperjuang­kannya.

Biarpun sudah dua tahun dipasarkan, kehadiran Monokrom membawa aura Tulus mengembara ke negara tetangga menerusi penghasila­n lagu yang sofistikat­ed.

Di sebalik luahan rasanya, Tulus berkata, setiap lagu yang dihasilkan akan terlebih dahulu dinilai insan paling dekat dan istimewa dalam hidupnya sama ada diteruskan atau sebaliknya.

“Ibu adalah peminat nombor satu saya dan setiap kali menghasilk­an sesebuah karya, dia orang pertama yang akan mendengar nya. Saya akan pasang lagu itu supaya dapat didengar di segenap ruang rumah, kemudian ibu akan menilai sama ada sesuai diterbitka­n atau sebaliknya,” katanya.

Sudut pandang berbeza

Tulus berkata, setiap lagu yang dihasilkan adalah cetusan jiwanya. Tidak hanya tertumpu kepada karya cinta dan romantis semata-mata, sebaliknya ungkapan itu turut bercerita mengenai kehidupan dan keluarga dari sudut pandangann­ya.

“Setiap album adalah penerokaan mengenai muzik. Sebagai pengkarya, saya perlu mempunyai sudut pandang berbeza kerana ia lahir dari hati. Untuk album pertama dan kedua, saya lebih fokus kepada melodi.

“Tetapi, untuk naskhah ketiga, ia lebih kepada mensyukuri apa yang ada di persekitar­an seperti keluarga dan sahabat. Ia lebih kepada cerita mengenai manusia terhadap diri dan simpati.

“Setiap lagu pasti ada elemen cinta, namun tidak hanya berkisar kepada perasaan antara lelaki dan wanita,” katanya.

Terbuka untuk bekerjasam­a

Memuatkan 10 lagu, album ketiganya itu mendapat sentuhan penuhnya selepas lebih tujuh tahun dalam industri muzik. Pengalaman itu menjadi penguat semangat kepada penyanyi berusia 30 tahun itu untuk mewarnai lagi karyanya.

Namun, kata Tulus, dia tidak pernah menutup ruang kerjasama dengan pengkarya lain sekiranya mereka mahu berkongsi cetusan idea bagi mencantikk­an lagi perjalanan seninya.

“Saya menikmati proses pembikinan lagu dan kebiasaann­ya, idea akan tercetus ketika saya termenung atau sedang memandu. Saya sudah menulis hampir 100 lagu dan ibu menjadi penentu utama kepada karya untuk diterbitka­n.

“Saya mempercaya­inya kerana naluri seorang ibu sangat kuat. Tetapi, ada juga lagu yang dihasilkan komposer lain seperti Seribu

Tahun Lamanya. Saya terbuka untuk bekerjasam­a dengan mana-mana komposer.

“Saya turut menghasilk­an lagu untuk penyanyi lain seperti Belahan Jantungku yang dinyanyika­n Andien dan Nidji,“katanya.

Teroka pasaran Jepun

Single, Sepatu digarap semula dan dirakamkan dalam bahasa Jepun kerana Tulus berazam membawa karyanya merentas sempadan.

“Lagu ini dibawa ke sana dua tahun lalu kerana Jepun adalah pasaran unik yang ingin saya terokai. Saya ingin membawa karya ke pelbagai negara, namun lebih menyukai pasaran Jepun,” katanya.

Menganggap Monokrom sebagai naskhah apresiasi, tanda terima kasih kepada penggemar muzik yang meminati hasil sentuhan album pertama dan keduanya, Tulus mahu melihat produksi itu turut menjadi siulan di Malaysia sejak dipasarkan 1 Julai lalu.

Lebih manis, peminatnya di negara ini berpeluang menyaksika­n konsert sulungnya yang akan berlangsun­g di Istana Budaya pada 18 September depan.

“Saya akan bawakan lagu daripada album pertama hingga terbaru dengan iringan muzik penuh. Saya amat menitikber­atkan keseimbang­an segala aspek kerana ini adalah konsert, bukan persembaha­n biasa.

“Saya akan bawa pemuzik dari Indonesia kerana saya mahu menjadikan konsert ini kenangan terindah kepada peminat di sini,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ] ?? Tulus bakal menjayakan konsert di Istana Budaya, September ini.
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ] Tulus bakal menjayakan konsert di Istana Budaya, September ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia