Berita Harian

Pelajar SMKTBB bersaing di pentas dunia

-

Kuala Lumpur: Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddi­n (SMKTBB), Seri Menanti, Negeri Sembilan teruja apabila terpilih menyertai World Adolescent Robot Contest 2018 di Guiyang, China dari 20 hingga 25 Julai ini.

Peserta yang semuanya pelajar Tingkatan Dua itu ialah Mohamad Qassiem Iqbal Mohamad Adnan; Mohamad Adam Azri Ramli dan Nabil Hasyiri Abdul Rahman.

Ketua pasukan, Mohamad Qassiem Iqbal, berkata pemilihan mereka ke China dibuat selepas mendapat keputusan cemerlang dalam pertanding­an 2018 Malaysia FIRST Global Challenge di Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu.

Beliau berkata, selepas terpilih, mereka membuat persiapan rapi untuk ke sana.

“Selain itu, kesempatan bertemu Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun pastinya memberi suntikan semangat lebih-lebih lagi kami berasal dari Negeri Sembilan dan mewakili Malaysia.

“Kami berjanji akan memberikan persembaha­n terbaik apabila bersaing dengan kira-kira 30 pasukan dari seluruh dunia,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini, baru-baru ini.

Minat bidang robotik

Yang turut hadir, Pengarah Program FIRST Global Malaysia, Ilylia Kamaruzama­n; guru SMKTBB, Ramlee Abdul Hamid dan jurulatih pasukan, Ramzan Jalaludin.

Robotics Learning (M) Sdn Bhd selaku penganjur program FIRST Global Malaysia, sangat komited bagi memastikan pelajar terutama di luar bandar mendapat akses kepada program yang dapat meningkatk­an minat mereka dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) terutamany­a dalam cabang Pendidikan robotik dan pengaturca­raan komputer.

Nabil Hasyiri berkata, mereka akan melaksanak­an tugas sebagai pembina robot, pengatur cara robot dan pengendali robot apabila bertanding dalam World Adolescent Robot Contest 2018.

“Kami akan gunakan ilmu robotik yang dipelajari sejak dari sekolah rendah lagi dan berusaha untuk mencapai keputusan terbaik serta mengharumk­an nama negara,” katanya.

Sementara itu, Ilylia berkata, pertanding­an di China berupaya membuka mata kepada pelajar yang terpilih kerana selain menyaksika­n kehebatan pasukan lain mereka berpeluang menimba pengalaman untuk meningkatk­an pengetahua­n robotik.

 ??  ?? Dari kiri, Mohamad Adam, Aminuddin, Mohamad Qassiem dan Nabil Hasyiri bersama-sama robot rekaan mereka Seri Menanti Warrior di Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Dari kiri, Mohamad Adam, Aminuddin, Mohamad Qassiem dan Nabil Hasyiri bersama-sama robot rekaan mereka Seri Menanti Warrior di Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia