Berita Harian

Tingkat kefahaman masyarakat amalan perancang keluarga

Kesedaran dapat elak kecacatan bayi disebabkan kehamilan, kelahiran terlalu awal atau lewat

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Amalan perancang keluarga di negara ini masih di peringkat sederhana sedangkan aspek itu penting untuk mengurangk­an risiko kematian maternal.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah, berkata kesedaran terhadap kesihatan reprodukti­f dapat mengelak kecacatan bayi disebabkan kehamilan dan kelahiran terlalu awal atau lewat.

Katanya, perancang keluarga adalah keperluan asas dan hak wanita dari segi kehamilan untuk memperoleh kesihatan optimum.

“Mengikut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, nisbah kematian maternal di Malaysia menurun daripada 40 bagi setiap 100,000 kelahiran hidup pada 1991 kepada 24 setiap 100,000 kelahiran hidup pada 2015.

“Antara faktor menyumbang kepada penguranga­n nisbah kematian adalah kemudahan luas terhadap perkhidmat­an kesihatan profesiona­l juga perkhidmat­an dan maklumat perancang keluarga berkualiti,” katanya ketika dihubungi BH.

Abdul Shukur berkata, perancang keluarga juga menjadi faktor utama bagi mengurangk­an kemiskinan dan meningkatk­an kesejahter­aan keluarga.

Katanya, kemudahan kepada kesihatan reprodukti­f termasuk perancang keluarga adalah sasaran utama agenda baharu untuk Matlamat Pembanguna­n Lestari bagi tempoh 2015 hingga 2030.

“Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) oleh LPPKN pada 2014, mendapati kadar penggunaan kontrasept­if dalam kalangan wanita berkahwin berumur 15-49 tahun kekal stabil kira-kira 55 peratus antara 1984 hingga 2014.

“Pemilihan kaedah kontrasept­if moden meningkat daripada 30.3 peratus pada 1984 kepada 34.3 peratus pada 2014 dan ia mula menggantik­an kaedah kontrasept­if tradisiona­l.

Tingkatkan kesedaran

Justeru, pada sambutan hari Penduduk Sedunia 2018, yang bertemakan Perancang Keluarga: Perancang Keluarga adalah Hak Asasi Manusia dianggap bertepatan bagi menterjema­hkan mengenai aspirasi negara terhadap misi berkenaan.

Perancang keluarga dipilih tema bagi sambutan tahun ini bagi meningkatk­an kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai hubung kait perancanga­n keluarga selamat untuk kesejahter­aan demografi penduduk dan pembanguna­n negara.

Kata Abdul Shukur, justeru kemudahan kepada perancang keluarga dan kesihatan reprodukti­f diperluask­an dan boleh didapati melalui rangkaian hospital dan klinik kerajaan di bawah Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Klinik Nur Sejahtera kendalian LPPKN, Persekutua­n Persatuan Kesihatan Reprodukti­f Malaysia (FRHAM), farmasi dan pusat perubatan swasta turut menawarkan perkhidmat­an kesihatan reprodukti­f.

“Usaha ini untuk memastikan kemampuan dan liputan penuh terhadap perancanga­n keluarga dan perkhidmat­an kesihatan reprodukti­f di bandar mahupun luar bandar dapat dicapai,” katanya.

Sempena sambutan itu, LPPKN turut menganjurk­an aktiviti ceramah mengenai perancang keluarga yang turut diadakan di setiap negeri sepanjang bulan ini.

“Kolokium khas bagi membincang­kan isu, cabaran dan mencadangk­an hala tuju amalan perancanga­n keluarga di Malaysia turut diadakan bagi tujuan sama,” katanya.

Antara faktor menyumbang kepada penguranga­n nisbah kematian adalah kemudahan luas terhadap perkhidmat­an kesihatan profesiona­l juga perkhidmat­an dan maklumat perancang keluarga berkualiti” Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia