Berita Harian

Penguasaan teknologi elak eksploitas­i golongan sesat

Langkah bendung ideologi menyimpang ajaran Islam

- Oleh Nor Farhani Che Ad

Ajaran salah atau sesat bukanlah asing di negara ini, tetapi pengaruh ajaran yang menyimpang daripada Islam berdasarka­n Ahli Sunnah Wal Jamaah memberikan cabaran lebih besar berikutan perkembang­an teknologi yang membolehka­n maklumat diperoleh di hujung jari.

Pesuruhjay­a Majlis Dakwah Negara (MDN) Pulau Pinang, Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi, berkata umat Islam hari ini perlu berhatihat­i dengan ideologi sebegitu untuk mengelakka­n diri daripada menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

“Di negara ini, sudah banyak pemikiran yang menjadi ancaman kepada umat Islam, khususnya Melayu Islam yang kebanyakan dilihat seolah-olah bersandark­an kepada Islam seperti Islam liberal yang kini mendominas­i, selain sosialis Islam dan kapitalis Islam.

“Namun, pemikiran sebegitu sebenarnya bukanlah termasuk dalam akidah Islam, sebaliknya lebih berbentuk ideologi,” katanya dalam Seminar Pemurnian Akidah di Dewan Eksperimen­tal Universiti Islam Antarabang­sa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UNISHAMS), Kampus Kuala Ketil di sini.

Mohd Syakir ketika membentang­kan Ancaman Pengaruh Moden Terhadap Akidah berkata, perbezaan antara akidah dan ideologi ialah akidah tidak boleh berubah yang berpanduka­n alquran dan hadis, manakala ideologi bersifat berubah-ubah.

Orang Islam patut ke depan

Beliau berkata, umat Islam tidak boleh berasa selesa jika ancaman itu tidak berlaku pada diri mahu pun keluarga, tetapi perlu memandang ia sebagai isu besar kerana ajaran itu sudah menular dalam masyarakat hari ini.

Katanya, umat Islam juga perlu menguasai teknologi untuk mengelakka­n daripada menjadi mangsa eksploitas­i golongan yang menyebarka­n ajaran salah.

“Kita berada pada zaman viral, tetapi masih ada masyarakat kita hari ini tidak ingin menggunaka­n teknologi yang ada kerana beralasan produk Amerika Syarikat atau Yahudi. Tindakan itu sangat merugikan, orang Islam patut lebih ke depan dalam menguasai teknologi,” katanya.

Mohd Syakir berkata, umat Islam juga memerlukan strategi dalam melindungi akidah dan bukan hanya bergantung kelebihan sedia ada seperti Perlembaga­an Persekutua­n dan realiti negara yang ditadbir pemimpin Islam.

Sementara itu, Penolong Pegawai Agama Daerah Baling, Syeikh Mohd Rasydan A Rahman, berkata undang-undang syariah di negara ini menggarisk­an hukuman terhadap kesalahan membabitka­n akidah.

Katanya, penguatkua­saan di Kedah dilakukan untuk menghalang kesalahan itu berlaku melalui enakmen bagi kesalahan jenayah syariah seperti kesalahan pemujaan salah, doktrin palsu, mengembang­kan doktrin agama dan dakwaan palsu yang boleh dihukum denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kita juga menggarisk­an undang-undang terhadap kesalahan berhubung dengan kesucian agama Islam dan institusin­ya seperti kesalahan mempersend­akan alquran dan hadis, pendapat bertentang­an fatwa, menghina atau mengingkar­i pihak berkuasa agama serta memandang hina atau menyebabka­n agama Islam dipandang hina,” katanya ketika membentang­kan Strategi Dakwah Dalam Menangani Ajaran yang Menyimpang dari Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Penguatkua­saan).

Syeikh Mohd Rasydan berkata, bagi mengelakka­n terjebak dengan ajaran salah, umat Islam perlu memahami dengan jelas akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu aliran asy-asyairah dan almaturidi­ah serta mewarisi pemahaman ulama salaf dan khalaf.

“Umat Islam perlu mengetahui ciri ajaran salah ini yang selalunya dilihat sebagai ajaran yang direka-reka, kepercayaa­n dan amalan tradisinya berkait rapat dengan amalan mistik serta kultus, selain ketaatan yang membuta tuli dan melampau kepada guru atau ketua jemaah.

“Kita juga perlu memainkan peranan mengikut kemampuan seperti jabatan kerajaan disarankan untuk mengambil tindakan segera, selain persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlatarbe­lakangkan Islam perlu cepat memberi penjelasan balas sekiranya ada sebarang isu berkenaan Islam,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat Islam mesti bersatu padu mempertaha­nkan kemurnian Islam.

Katanya, pendekatan perlu diberikan kepada golongan berpotensi menjadi mangsa penyelewen­gan agama seperti kanak-kanak, remaja dan golongan yang kurang berpendidi­kan agama, selain tidak menuding jari kepada mana-mana pihak dalam urusan dakwah kerana ia tanggungja­wab bersama.

Dalam konteks pengukuhan akidah melalui pendidikan, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Kedah (PUK), Abdullah Din, berkata kurikulum sedia ada perlu ditambah baik dengan memberi latihan dan motivasi kepada guru Pendidikan Islam dari semasa ke semasa.

“Pendidikan Islam teras kepada ummah, manakala sistem pendidikan negara yang ada juga perlu diubah supaya kita dapat memperkasa­kan kedudukan Islam,” katanya ketika membantang­kan Usaha-usaha Pengukuhan Akidah Secara Tersusun.

Kuasai bidang akidah

Beliau berkata, unit kajian berkaitan isu akidah juga perlu dimantapka­n dengan mewujudkan perpustaka­an yang mengandung­i kitab rujukan yang diperlukan dan bekerjasam­a dengan pakar dari universiti.

“Kita perlu ada program yang dapat melahirkan golongan berupaya menguasai bidang akidah kerana kita memerlukan mereka memiliki kepakaran itu,” katanya.

Abdullah berkata, pendakwah juga perlu diberi panduan dan nasihat berkaitan undang-undang supaya mengetahui had ketika berceramah untuk mengelak mereka berdepan tindakan saman daripada pihak tertentu.

“Kita ada peguam yang berada di Majlis Peguam yang sentiasa terbuka membantu pendakwah, terutama apabila penceramah dikenakan tindakan undang-undang, mereka tidak tahu mengambil sebarang tindakan kerana tiada ilmu,” katanya.

Umat Islam juga memerlukan strategi dalam melindungi akidah dan bukan hanya bergantung dengan kelebihan sedia ada seperti Perlembaga­an Persekutua­n dan realiti negara yang ditadbir pemimpin Islam” Mohd Syakir Mohd Rosdi, Pesuruhjay­a MDN Pulau Pinang Bagi mengelakka­n terjebak dengan ajaran salah, umat Islam perlu memahami dengan jelas akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu aliran asyasyaira­h dan al-maturidiah serta mewarisi pemahaman ulama salaf dan khalaf” Syeikh Mohd Rasydan A Rahman, Penolong Pegawai Agama Daerah Baling Pendidikan Islam teras kepada ummah, manakala sistem pendidikan negara yang ada juga perlu diubah supaya kita dapat memperkasa­kan kedudukan Islam” Abdullah Din, Yang Dipertua Persatuan Ulama

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Remaja perlu diberi pendekatan ajaran Islam sebenar elak terpengaru­h ajaran sesat di media sosial.
[FOTO HIASAN] Remaja perlu diberi pendekatan ajaran Islam sebenar elak terpengaru­h ajaran sesat di media sosial.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia