Berita Harian

300 lelaki mangsa Wechat rugi RM5 juta

-

Hong Kong: Kirakira 300 lelaki dilaporkan menanggung kerugian hampir HK$10 juta (RM5.14 juta) dalam tempoh enam bulan, selepas ditipu sindiket perkhidmat­an seks.

Ia menawarkan perkhidmat­an seks oleh wanita asing yang belajar di Hong Kong dan insiden itu mendorong pihak polis mengeluark­an amaran mengenai sindiket itu.

Menurut sumber penguatkua­sa undangunda­ng, aktiviti penipuan itu berlindung di sebalik laman sosial Wechat dan mereka meminta bitcoin sebagai kaedah pembayaran, berbanding kad token dalam talian bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Bayar guna bitcoin

Sejak tiga bulan lalu, sekurangku­rangnya 12 laporan diterima membabitka­n sindiket penipuan ‘temujanji berbayar’ dan mangsa diminta membuat pembayaran menggunaka­n bitcoin, berbanding hanya tiga dalam tiga bulan pertama tahun ini.

Temujanji berkenaan dianggap berselindu­ng di sebalik kegiatan pelacuran yang menawarkan seseorang wanita untuk menjadi teman mangsa dan ia sering menyediaka­n perkhidmat­an seks kepada pelanggan.

Satu sumber lain mengakui sukar bagi mereka untuk mengesan aliran wang yang terbabit dalam sindiket itu kerana ia menggunaka­n mata wang maya seperti bitcoin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia